Sprinkled Donut

Sunday, August 26, 2012

selamat tinggal raya..selamat kembali assignment !

assalamualaikum
fuh!fuh! tiup habuk cket (bajet bersawang la kan).da dekat seminggu la jugak tak bukak blog ni.al maklum la busy uolls dengan raya..assignment pon melambak lambak ni menanti.adoyai..
so nak cite cket pasal raya tahun ni..actually tersangat la meriah mak jemah! sebab nya opekos la sebab sume family saya balik beraya..abang saya yang sulung tu pon sanggup ponteng keje memandangkan dia pon da 4 tahun tak beraya..berkorban demi tugas kata nye..ntah betul ntah idok..kuikuikui..maka bermula la misi balik kampung pada 15 ari bulan minggu lepas bersamaan ari rabu..plannya nak balik ari khamis tapi dan dan pulak plan tu secara otomatik ditukar..apa lagi kelam kabut tahap kura kura la 5saat sebab barang tak packing ape lagi ni..balik je kitchen lepas berbuka teros saya campak je mana yang sempat dicapai dalam beg..arghh yang penting dapat balik beraya..maka kami seramai 6 orang + arymin ng juwe beserta kak aena drift dan rempit la (arymin je rempit) sekuat mungkin semata mata nak balik kampung..mujur selamat sampai walaupon nyawa saya rasa nak tercabut gara gara kak aena pecut sekuat hati dia..nasib la tayar tak tercabut..fuh!!
esoknya encik sayang pulak balik kampung kat perak..hampeh betul..kenapa la jaoh beno kampung dia tu?adoii..susah tau nak jumpe..da dekat 6 bulan tak tengok dia..rinduuuu woooo...hehehehe..nak dipendek kan cite yang tak panjang panjang maka saya pon pegi la umah awanis time raya ke4 sebab kakak dia kawen raya ke5..pegi tolong tolong la kononnya..serius dia punye baju pengantin lawa! biru + putih..cantik sangat..tetiba rasa nak kawen pulak hahahaha...
tunggu punye tunggu encik sayang tak datang la pulak..anta msg tak  balas..col tak angkat.maka temperature saya pon secara mendadak naek tapi malam tu time saya tengah terbongkang tido dia col cakap tertido sebab tu tak pegi..sempat la jugak saya merajuk tapi esoknya atas jasa kak bie saya dengan dia bole la dating kejap..then dia anta balik umah..time tu da takot da..takot ayah marah ye la 1st time bawak budak laki pegi umah kot..siap pesan lagi "awak nanti kalau ayah saya keluar awak cepat cepat balik tau" heheheh..kurang asam jawa betul kan..bukan nak ajak naek tapi suh dia balik pulak..
but then something happened..ayah saya siap suruh dia naek umah lagi tapi tu la bile saya pusing nak panggil dia da ghaib da pon.. :( alahai sedih nya..nyesal saya suruh dia balik..kak bi pon tak leh nak singgah sebab nak anta rizal balik umah..takpela..encik sayang cakap laen kali dia datang lagi..hehehehe..suke suke suke.. :)
so sekarang ni da pon sampai dungun..sampai dungun bermakna assignment kuiz dengan test tengah menanti..ermmm :( cepatnya masa berlalu..tak sempat pon nak enjoy betol betol da kena peningkan kepala balik da..sabo je la nak buat macam mana..mujur la da last sem kalo tak gile la jugak nak berdepan dengang sume tu..
well gud bai lebaran!
welcome back assignment!
>_<

::the story end here::

Wednesday, August 01, 2012

10 fobia terpelik di dunia

assalamualaikum
morning!! ermm..tak morning sangat pon sebenarnya..kuikuikui :) ari ni bangun je sahur teros sambung maen game VIRTUAL VILLAGERS sampai sakit sakit mata then lepas sembahyang subuh teros sambung tido balik ( tak senonoh pulak rasa )..sebenarnya nak maen game LEAF 4 THE DEAD 2 tapi dan dan je lappy tersayang buat perangai..hampeh tahap unta je ! cis cis cis..
bangun je tadi sebab terkejut..tetibe pulak kak ina memunculkan diri kat depan umah..nak gi survey kedai untuk assigment katanye dengan awanis and haifaa maka tersadai la saya sorang sorang lagi kat umah..so bukak internet saya search la ape yang patot..tetibe pulak saya terjumpe satu artikel ni..rasa cam klaka pon ada tapi meh sini besarkan mata masing masing untuk baca artikel ni ( panjang pulak intro aku )

Optophobia: Fobia untuk membuka mata
Mungkin fobia yang paling pelik di dunia! Mereka yang memiliki masalah ini, sukar untuk membuka mata sendiri. Tugasan harian adalah mimpi ngeri untuk pengidap Optophobia. Jika anda boleh membaca apa yang kami tulis ini, jangan bimbang, ternyata anda tidak memiliki tersebut, syukur.
Chorophobia: Fobia terhadap tarian
Apa sahaja yang berkaitan tarian termasuk kelab malam, boleh menjadi punca ketakutan kepada mereka yang mempunyai fobia jenis ini.
Geliophobia: Fobia terhadap gelak ketawa
Banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun, untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. Risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.
Arachibutyrophobia: Takut mentega kacang melekat pada lelangit mulut
Senarai fobia yang pelik tidak akan lengkap jika kita tidak sebut Arachibutyrophobia. Penghidapnya hampir pasti tidak akan makan mentega kacang seumur hidup mereka!
Heliphobia: Takut kepada cahaya matahari
Pastinya satu keadaan yang amat sukr untuk mengelak daripada cahaya matahari sepanjang masa. Satu ia sukar untuk dilakukan, keduanya ia juga tidak elok untuk kesihatan (jika dijauhi sepenuhnya). Bermula dari rasa takut akan bahaya yang wujud pada matahari.
Deipnophobia: Takut akan berbicara atau berbual semasa makan malam
Ini adalah antara contoh fobia yang agak spesifik, takut bercakap waktu makan malam. Pengidapnya akan hanya diam sepanjang waktu makan. Ada bagusnya juga kerana diam ketika makan sebenarnya membantu dalam proses pencernaan yang lebih baik.
Neophobia: Takut kepada benda-benda baru
Ramai orang yang mahu mencuba benda baru dan pengalaman baru. Namun bagi penghidap Neophobia, mereka tidak mahu apa pun yang baru dalam hidup mereka. Penghidapnya akan kehilangan kualiti hidup dan tidak akan berani untuk merasai pengalaman-pengalaman baru dalam hidup. Kajian juga memperlihatkan mereka yang mempunyai masalah Neophobia, akan mempunya jangka hayat yang pendek. Ini terjadi akibat tekanan yang mereka lalui saban hari.
Syngenesphobia: Takut pada keluarga dan saudara mara
Rasanya ramai yang ada masalah camni, cuma ia mungkin melibatkan keluarga sebelah mentua. Semua kita ada rasa malu dan sakit hati dengan anggota keluarga kita pada masa-masa tertentu, namun penghidap Syngenesphobia menghadapai masalah itu secara keterlaluan dan sepanjang masa.
Ablutophobia: Takut untuk mandi dan membersihkan diri
Biasanya kanak-kanak yang malas mandi, namun adakalanya ia melibatkan orang dewasa. Namun harus ingat, Ablutophobia adalah fobia untuk mandi, bukannya malas untuk mandi. Ada banyak beza tu. Yang dekat hostel bau semacam itu kerap kali adalah pemalas, bukannya Ablutophobia.
Geniophobia: Takut kepada dagu
Yup…dagu, bahagian di muka kita itu. Ini mungkin fobia yang paling sengal di dunia ni. Selain itu ada juga fobia lutut (genuphobia), fobia tangan (chirophobia) dan fobia siku (ishicascadiggaphobia). Bagaimanapun, fobia-fobia tubuh badan tertentu ini boleh dirawat melalui terapi.

aii..macam macam kan..macam ni punye fobia pon ada... ><

::the story end here::