Sprinkled Donut

Friday, September 20, 2013

kosong


assalamualaikum..
Hari ni aku balik umah lagi. Nak settle pasal PTPTN kononnya tapi perasaan tu lebih pada nak duk kat umah je. Kau bayanglah kan dengan keadaan serabut yang amat macam sekarang ni. Pengecualian kredit kuliah tak settle lagi. Kelas start tapi still tak boleh nak daftar untuk subjek kitorang. Lepas tu nak settle pasal PTPTN lagi. Keadaan ni sangat huru dan hara bagi aku. Sangat stress katakauuu. :'(
Entah kenapa la kan aku rasa macam kosong sangat. Rasa macam ada benda yang tak lengkap dan hilang. Ada sampai sekali tu aku rasa macam nak nanges sangat and yes! I cried! Sumpah aku rasa rindu kat member member lama time diploma dulu. Bila tengok bebudak junior pegi kelas kitchen serta merta aku teringat semua kenangan time diploma dulu. Rasa seronok tu datang. Kalau dulu kitchen la paling aku nak elak tapi percaya tak kalau aku cakap kitchen la yang paling aku nak masuk sekarang ni. Percaya tak? Please la percaya cakap aku okeh!
Lagi satu penyebab aku asyik rasa nak balik je sebab suasana sekeliling aku tu. Disebabkan aku dengan yang laen dah berpecah so aku terpaksa dan sangat wajib mencari kawan baru. Benda yang paling aku tak bape nak reti sangat buat. Aku rasa sangat awkward bila berdepan dengan orang yang baru aku kenal. Bukan aku sombong tapi serious weh aku tak reti. Walaupon nampak macam aku ni mesra alam semesta tapi kalau orang tak start dulu memang aku diam je lah. Incik bf pon cakap aku tak reti buat kawan. See?? Mujur aku reti ngorat dia dulu kalau tak hampeh! Hihihi :)
Aku dah cuba untuk jadi sepositif mungkin tapi tulah. Aku rasa macam sampai ke hari ni aku tak bape nak redha sangat dengan keberadaan aku sekarang ni. hmmm :'( Bila tengok bebudak ni post gambar sesama aku rasa macam nak gores dan menang je muka aku kat lantai tu tak pon nak selam je muka lelama dalam baldi biar sampai aku dah tak ingat pape lagi dah so aku pon tak perlu lah nak rasa jeles sangat. Mood nak study? Memang tersangat lah jauh. Tak datang menjenguk pon lagi. Macam mano??

ya ALLAH jauhkanlah aku dari anasir anasir jahat ni dan tabah kan hatiku. Tak lama pon Hajar! Dua tahun je then everything will just back to be normal (I hope so). Positive Hajar! Positive! :)
::the story end here::

Sunday, September 15, 2013

majlis akikah imaani dan omar

assalamualaikum..
hari ni dalam sejarah bermula laa kehidupan aku sebagai seorang gadis yang sangat busy. walaupon aku busy namun kejelitaan haruslah tetap diutamakan. hah gituu kau jah! hihihi *kelip mata*. sebenarnya takde la aku busy sangat. yang busy orang laen. aku tukang sibuk je. sibuk kehulu kehilir tanpa tujuan katakauuu. bhihihi. seperti tajuk yang tertera diatas la kan hari ni, umah aku buat la majlis akikah untuk budak dua orang yang comey macam mak sedara dia ni haa. seawal 6.30 pagi mak aku pun ketuk la pintu bilik aku suruh bangun. belom pernah lagi dalam sejarah hidup aku nak bangun awal cenggitu. kalau ada kelas pon paling tak aku bangun pukul7 tak pon lepas subuh aku tido balik bangun 7.15. bhahaha. sangat tak senonoh. kalau bakal mak mertua tau ni mesti cancel buat menantu. bhihihi..
dua hari sebelom tu aku memang dengan penuh berani matinya balik umah ponteng kelas. hah! tengok! time dip dulu kemain lagi suci murni je pale otak. jarang nak ponteng melainkan betul betul urgent. tapi sekarang?advance sangat. mintak ampun ye sir, madam. bukan sengaja. hehe..


aktiviti merewang. time ni la antara aktiviti yang paling aku suka tengok bila ramai mak mak, mak cik mak cik, mak sedara mak sedara, jiran sekampung datang duduk atas tikar buat kerja ramai ramai sambil bergosip. bhihihi. masing masing sibuk je kopek kulit bawang sambil bergosip. satu aktiviti yang bagus untuk eratkan lagi silaturrahim antara kita ye.

kak diyana, ibu imaan dengan mak ngah, mak sedara aku and of kos la ada si budak sombong jual mahal tak hengat tapi still lagi comel, qawiem. imaan macam dah tengok pelik je dekat qawiem. bhaha ><


biri biri sehari sebelom kena sembelih. kau makan la banyak banyak ye sebelom ajal kau sampai. time ni rilek je lagi tapi bila dah malam cket, mula la bertembek sana sini. aku nak tido pon sakit je hati ni. abis digeselnya dinding bawah umah. ibarat nak asah tanduk la nak berjuang untuk hari esok. ada kambing tu asyik berbunyi je. mungkin dia tau kot ajal dia dah nak sampai sebab tu dia asyik bertembek test soree sebab lepas ni dah tak boleh nak bertembek dah. ermm*kerutdahi*


hah! camni ni la ghupa biri biri dengan kambing tu. dah sampai dah masa dia kann. sekejap je aku tengok dah togel dah mereka mereka tuu. macam magik pulak rasa.


ayah omar tengah bajet buat keje.


yang ni pulak aku, tengah bajet buat air. bhahaha. kau bayang la dari pagi sampai ke malam aku asyik pakai baju sama. hajat dihati konon nak pakai baju kurung tapi niat tu terpaksa dibatalkan sebab kalau aku pikir balik, macam mana aku nak angkut gulai kalau pakai baju kurung. dah la aku ni jalan pon tunggang terbalik. pakai sekuar pon boleh bersilat kat depan tu apatah lagi baju kurung. hihihi.


mama omar, kak aimi. tetiba rasa macam malu je dok tepi dia sebab muka dia macam budak sekolah lagi kann. abaikan kaki aku ye.


imaan saloma dan omar p. ramlee.hiks :)


happy family ! sempat snap family ni je, family kak diyana tak sempat sebab imaan tengah meragam. frust!


dah takde keje sangat aku pegi kacau si budak imaan tido. bhihihi. jahat nau. tulah, time dia sedar susah nak bergambar sekali so, aku melakukan paksaan dalam hubungan cket. amik time dia tidooo...


aku dengan dak ecah tunjuk jakun. padahal dah lama tengok mende alah ni. bajet popeye la kann. bhahaha.

aku try update entry ni sepantas yang boleh kau tau. dengan badan yang penat dan tangan yang lenguh, aku gagahi juga untuk menaip. ceh ayat nak novel kann. bukan apa, aku kat dungun tu bukan ada line internet. aku nak rembat orang sebelah punye pon, bukannya dia ada internet. hiks. okeh la, sampai disini je kot. insyaAllah kalau ada yang menarik dan boleh dikongsi, aku tulis la lagi. bubye!

#uh, nak mintak tolong korang la, sapa sapa yang ada baca blog aku ni untuk doakan kesihatan member aku yang tengah berjuang untuk sembuh lepas accident minggu lepas.tu pon kalau ada yang sudi singgah leerr. thanx ye!




::the story end here::

Saturday, September 14, 2013

new journey..ecehh speaking london iollss :)

assalamualaikum


dah cukup seminggu dah aku kat Dungun. rasa macam sadiss dan kosong je tau tak? sebabnya budak degree kat dungun tu bape kerat je pon. kau bayang ada empat course je degree. mau tak sadissnya. abis hilang kemeriahan disituu. memula aku sampai memang aku dah terbayang dah akan kesadisan hidup aku tuu. serius weh memang sayu la kata kauu. aku rasa macam aku dengan budak housemates aku je yang wujud kat uitm tu sebab mana je aku pegi memang takde langsung jumpa dengan budak budak yang menunjukkan ciri ciri budak degree. sadiss kan*lap air mata pakai span*
oh ye. malam aku sampai dungun kan aku ada la bukak fb aku jap lepas tu terbaca la satu post pasal ada budak uitm accident. memang tragis gila la weh. sampai kena operate bagai. ushar punye ushar rupenya member aku kot. nauzubillah! memang aku terkejut la. walaupon aku dengan dia tu tak rapat mana tapi still jugak terasa sebab nama pon kawan kan. tapi sekarang ni aku dengar dia dah sedar dan alhamdulillah keadaan dia pon dah okeh. kita doa je lah yang terbaik buat mereka :) aminn..
minggu ni belom start busy lagi tapi minggu depan dah busy dah. lagipon aku dengan selamba tapir boleh je balik umah walaupon ahad start kelas. isnin kan cuti malaysia so, aku buat derk je balik umah. haha. nampak tak kebengongan disitu? alah lagipon bukan sesaja balik. aku ada sebab munasabah okeh so memang haruss lah balik..entah la tapi kalau dulu rasa excited je bila balik dungun tapi sekarang ni serius rasa lain. langsung tak best :'( mungkin sebab ramai member dah takde kat situ kan tu yang membuatkan suasana  jadi laen tu. lagipon kat situ ada anak anak ikan je, so tak boleh nak amik kesempatan cuci mata sangat. bhihhihi.
ermm..apa lagi erk nak cite? oh housemates..buat masa sekarang sume okeh walaupon cuma dua tiga orang je yang agak mesra alam tapi kira okeh laa..

#aku pon sebenarnya tak tau dah nak cite apa sebab sekarang ni aku rasa macam hidup aku macam tak interesting sangat..


::the story end here::