Sprinkled Donut

Saturday, May 19, 2012

gomo kelate gomo!



assalamualaikummm..
hallo guys and selamat tengah hari :)
bahagia sungguh hari ni saya rasa sebabnya time pegi pasar tani tadi takde orang kot.ok bukan takde orang laa tapi orang tu kureng cket.sebabnya?mereka mereka sume dah pun menyerang stadium bukit jalil tengok bola.haiii untunglaa kan dapat pegi stadium tengok live.saya tengok kat tv je yang termampu and for sure malam ni akan terdengar la jeritan jeritan merdu yang keluar dari mulut adik saya sebab dia tu memang peminat tegar pasukan bola sepak kelantan @ THE RED WARRIORS.ok dia bole geng dengan my dear tu.saya?oh no.maaf la ye.bukan tak minat tapi 'kureng' minat sebab saya tak bape nak suka kalau bola bola ni.tapi kalau CRISTIANO RONALDO yang dari kelab REAL MADRID dengan pasukan PORTUGAL tu minat la jugak sebab dia hensem.hahaha.saya bukan apa la kan.i just feel that this 'bola sepak' is something yang sangat sangat kasar.see what i feel?tapi nasib jugak la kan saya dapat teman yang gile bola.adoii..
dan sekarang ni mesti abang abang saya tengah menggila nak pegi tengok bola.malam ni pun mesti riuh rendah wei kat stadium nuh.jangan ada yang baling mercun lagi sudah la.ingat ye.kita pegi TENGOK bola bukan pegi MAIN mercun bola.jangan la nanti ada yang meletup pop pap pop pap kat bukit jalil tu.malam ni mesti meriah giler kat stadium.merah je dengan baju para penyokong.dengar dengar dekat 80 000 ribu jugak la penyokong kelate memunculkan diri kat bukit jalil tu.fuhh.agak agak meletop tak stadium?? 
and for sure jugak la malam ni saya dengan mak akan duduk memuncungkan mulut sebab of course the remote akan ada with my sis or my dad.that for sure ok! soooo menyampahhhh.!(suara gedik)
apa apa pun saya akan cuba untuk memberikan sokongan untuk team kelate.hakhakhak.GOMO KELATE GOMO!


::the story end here::

Thursday, May 17, 2012

selamat hari guru!

assalamualaikum..
rasanya belum lewat lagi kot kalau saya nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kat cikgu cikgu yang pernah mangajar saya  dan lecturer lecturer yang pernah sakit kepala gara gara kitorang yang banyak kerenah ni :)
okla patutnya semalam lagi saya tulis entry pasal hari guru ni tapi disebabkan panggilan untuk menidurkan diri tu lagi menebal dalam diri so saya postpone la hari ni.kuikuikui ^^
kat bawah ni adala beberapa keping gambo yang sempat saya snap balik.tu pun terjumpa time kemas bilik yang dah macam kapal pecah malam semalam.al maklum la mentang mentang la saya dok jaoh kat dungun terCHENTA tu takde la orang nak tolong kemaskan.ekekeke :|


hahaha.kalau nak tau ni la gambar masa grad tadika dulu.sama tak muka dulu dengan sekarang?hehehe.time tu time kanak kanak ribena lagi.time comot comot dulu.ahak.kualiti gambar tu kureng cket so maap la ye.saya guna kamera murah je yang cap ayam punye sebab nak beli dslr tu belum berkemampuan lagi uolls.masa tadika dulu la paling best.saya ingat lagi nama cikgu tadika tu.CIKGU KAMALA.opss.cikgu ni melayu mari ye bukan keling mari.saya suka nama dia sebab tu sampai sekarang saya masih ingat nama dia.dah 10 tahun tak jumpa cikgu ni.kalau jumpa pun mesti dia dah tak ingat saya.saya dulu pendiam je orang nya.bercakap dengan orang yang terapat je.(terapat pun bole).^^

percaya tak dulu saya adalah seorang pengawas?hahaha.hei kecik kecik pun jangan maen haaa.tapi saya rasa saya adalah pengawas yang paling sewel time tu.ikut suka je buat rules sendiri.hekhekhek.time ni form5.credit to CIKGU NORHABIBI sebab beliau la saya telah menyandang jawatan pengawas sekaligus menjadi pembuli paling berjaya di abad ini.hahaha.takdela.saya tak buli orang ok.saya budak baek ok (kenyit mata 3x).cikgu bibi ni jugak adalah salah sorang cikgu paling best yang mengajar subjek sejarah.sebab ketajaman lidah beliau lah saya berjaya dapat A untuk sejarah beberapa kali.(tepok2).
selain beliau CIKGU NURIZAN yang ajar saya bahasa melayu tapi saya selalu la jugak merojakkan bahasa beliau tu.sangat baek orang nya.saya tak pernah pun nak hantar homework yang beliau bagi.ikut suka saya je.hahaha.CIKGU INTAN RAFIDAH cikgu yang paling comel pada zaman saya.dia mengajar subjek grafik.subjek peberet saya gitu.sebab dia la saya dapat A untuk grafik.maceh cikgu ! CIKGU ZARITA cikgu yang paling sempoi sekali.beliau ajar sains.sekepala dengan saya.suka sangat membebel.hahaha.best woo dengar dia keluarkan kata kata hikmat dia tu.best macam makan budu gitu uolls.hakhakhak.CIKGU ISMAIL cikgu math saya.jugak sangat power macam power rangers.bab bab sindir menyindir bagi kat dia la.memang secukup rasa adabi la dia sindir.hahaha.kalau dalam kelas dia senang je.nak blaja bagi perhatian kalau tak nak sudah.beliau tak pernah yakin saya dapat score untuk math tapi terkejut la jugak beliau masa saya dapat B+ untuk SPM.hahaha.maceh jugak kat cikgu :).CIKGU RAZMAN cikgu seni saya.budak budak paling tak suka time dia mengajar kalau sebelum waktu rehat.suka sangat amik masa rehat kita orang.untuk subjek ni paling senang nak score sebab saya suka melukis so senang la bagi saya.ngehngehngeh ^^

buku buku time zaman muda muda dulu.saya still simpan sampai sekarang.rasa cam sayang je nak buang.memori tu zaman sekolah dulu :) putera gunung tahan.asyik menguap je saya baca buku ni.saya tak minat mana baca buku cam tu tapi kalau novel tu saya layan la jugak.yang poem and short stories tu lagi la.ntah pape je.yang lucunya time exam saya goreng je ayat dia tapi tup tup SIR ASRI yang kedekut markah tu bagi la jugak markah yang agak bagus untuk saya.thumbs up sir! maceh ^^ saya dulu rasa macam menyampah gak kalau time blaja antologi ni sebab bahasa sastera dia tu memeningkan kepala uolls.arakian la.maka dengan itu la.banyak lagi la bahasa sastera yang hampir hampir membuatkan saya pening lalat.hahaha..macam macam.

kalau dulu jadi pengawas sekarang dah bertukar dah.bukan bertukar jadi powerpuff girl ye anak anak tapi jadi student kat UITM DUNGUN.secara rasminya 26 Jun 2010 saya jadi budak kulinari kat dungun terCHENTA tu.kat sini jumpa dengan cikgu cikgu baru pulak.

haaa.tengok gambar kat atas tu.kalau dulu saya belajar macam mana nak tukar ayat majmuk..blablabla..macam mana nak tolak campur bahagi darab.macam mana nak guna software yang betul.macam mana manusia tu wujud tapi sekarang saya belajar masak masak pulak.terima kaseh yang tak terhingga kat lecturer lecturer yang dah pening kepala ajar kami yang banyak kerenah ni :) SIR RAHMAN salah sorang sir yang saya admire masa sem 1 dulu.hehe.muka dia macam shah rukh khan kot.tapi tu dulu la sekarang dah tak lagi dah sebab dia dah kawen dah pun.dia tu sir kitchen dan jugak ajar subjek retailing.sumpah tak paham apa apa pasal subjek tu.nasib baek lepas.hahaha.MISS ANNE yang banyak berjasa pada kelas kami.beliau ajar pastry masa sem 2 dan masa sem3 kitorang tolong beliau buat cookies masa bulan puasa hari tu.ramai lagi sebenarnya lecturer yang berjasa pada kami tapi nak sebut satu satu memang sampai ke malam la tak abes lagi.makin berjela la entry saya uolls.apa apa pun maceh banyak banyak kat MISS MIA, MADAM MARIAM, MADAM AISYAH, SIR SAM, MISS TIM, SIR RAZLAN dan mana mana lecturer yang dah mengajar saya and da geng.jasa korang sume memang tak ternilai.merci!

simple note 
cikgu marah tak semestinya dia benci tapi dia marah sebab nak suruh kita rajin dan pandai ^^




::the story end here::

Saturday, May 12, 2012

about this saturday~

assalamualaikum...


haaa.hari ni nak cite cket sal 1 event kat uitm.hari ni uitm ada buat sukan antara fakulti so saya pon amek la bahagian jadi tukang sorak yang tak diiktiraf.saje je nak abeskan masa kat uitm terCHENTA kan memandangkan hari selasa saya dah nak balik umah so saya pon ringan ringankan la cket kaki ni memandangkan bff saya si laila tu pon amek bahagian maen bola jaring.nak bagi sokongan la kononnya ni.^^


tempat kejadian : kolej redang uitm dungun
masa : tak pasti la pulak sebab time tu tak ingat nak tgk jam tapi yang pasti time panas terik membahang..
peserta : seramai yang mampu budak2 degree..

haaa.nila bola yang menjadi mangsa sepak terajang mereka mereka semua.kesian bola ni.kalau la dia bole bercakap dah lama dah dia marah mereka mereka semua.hahaha..

ni tengah tunggu turn sebab team laen tgh bersedia nak maen.ikut turn weii.yang pegang payung tu kak aiman.memang sempoi la dia.klakar habis dia ngn geng dia.dia pon salah sorang peserta jugak tapi kesian dia tak leh nak join sebab kaki dia terpeleot masa training semalam so dia hanya mampu memberi sokongan dari luar saja lah...

time ni la paling kalut sekali.masa ni nak start dah tapi ada pulak team kuning lip lap lip lap tu buat perangai tak bagi pemain import maen sekali (macam import jaoh plak).masa ni ramai giler yang tak puas ati.yelah bukan maen lagi para pemain import (termasuk la laila dan zurah) practice tapi last last tak leh nak maen.berapi la mereka mereka sume tu.tak pasal pasal dengan saya sekali rasa bahangnya.hehehe.tapi nak buat macam mana kan.dah nasib.kesian laila.dengan penuh berkobar kobar tu nak maen but last last kena duduk tepi court tu je tengok orang laen maen.cis cis cis.hampeh tahap siput sedut betul!!

yang ni pulak para penyokong sekalian alam.best kot diorang.memang bagi sokongan padu la kat team diorang tu.^^

haaaa.orang kuat team merah @ finance.kak soya ngn sepupunya kak mirah.tak tau la nape nama dia soya sebab tak dinyatakan mengapa dan bagaimana dia dapat nama tu so jangan la anda semua tertanya tanya ye.dia ngn kak mirah ni pon pemain import sebenarnya.laila cakap kak mirah ni terror kot maen bola jaring.maybe sebab tu team kuning lip lap lip lap tak bagi pemain import maen sebab takut kalah.ish.kecut betul mereka mereka itu.diorang ni memang happening la especially kak mirah.klakar habis.asyik gelak je ngn diorang tu :)

saya dan laila.laila buat muka frust menonggeng la pulak time ni kan sebab dia tak diiktiraf untuk maen sama.kesian pulak kat dia ngn yang laen.at least bio la diorang maen cket cket.kata just for fun tapi sampai nak menghalang macam tu apa kejadahnya kan??takpe la laila.laen kali ko amek bahagian ea.kita kan ada sukan gak next sem.kita pon dah jadi senior gitu.kau nak bolot sume acara pon bole.tak yah kasi chance kat junior junior ea.ngehngehngeh..

::lots of love::

::the story end here::

Thursday, May 10, 2012

ibu kau ratu hatiku..

assalamualaikum..



boringnya saya malam ni.macam biasa la.akak tu keluar maka terkontang kanting la saya sorang sorang.tibe tibe terlintas nak tulis entry pasal hari ibu.lagipun hari ibu 12 mei ni kan.dah tak lama dah tu..
ok la.nak cite cket pasal mak saya ni.nama dia KAMARIAH BT OMAR.anak anak sedara panggil mak long ngn mak teh.mak saya ni sangat tabah orangnya.tabah sebab lahirkan kami adek badek 6 orang ni.sepatutnya 9 tapi 3 dah meninggal masa kecik kecik dulu.dalam ramai ramai tu saya la yang paling kuat merajuk.macam macam kerenah tambah lagi jarak umo saya ngn adek saya aisyah agak jauh.6 tahun.
saya ingat lagi masa kecik kecik dulu.biasa la anak manja (masa ni adek saya tak dilahirkan lagi).saya amat pantang kalau orang laen sentuh barang saya lepas tu letak kat tempat laen.fuh!sangat pantang.sorang je yang bole sentuh barang saya tau iaitu mak.orang laen sentuh alamak nya bergegar la 1 rumah dgn suara merdu jeritan saya (nampak tak betapa tak senonohnya saya..hahaha).sambil menjerit tu saya akan menggelupur sepuas ati saya (sungguh tak senonoh).lagi 1 perangai saya yang saya betul betul ingat sampai sekarang, bila saya bangun je tido orang pertama yang saya nak tengok adalah mak saya.kalau saya celik mata tapi mak saya tak de kat tepi aahh sudah memang riuh rendah la suara saya menjerit memanggil.hentak kaki bagai (biasa la time muda remaja.korang pun mesti penah buat kan ><) bila ada orang laen datang angkat saya, saya akan pastikan orang tu letak saya balik kat tempat asal dan saya jugak akan pastikan yang datang dekat saya lepas tu adalah mak saya.hahaha.burukkan perangai budak nama hajar ni.^^
sampai la masok sekolah.setiap kali ada pape orang yang selalu ada untuk kami adalah mak.setiap kali ada perjumpaan kat sekolah mak la yang selalu pegi.ayah keje tak sempat nak pegi so dia wakilkan kat mak saya.hehehe..yang selalu bagi nasihat pun mak.masakan yang paling sedap pun lahir daripada air tangan mak.pegi la mana mana pun saya akan tetap rindukan masakan mak saya.sama jugak macam abang abang saya.abang saya yang sulung FIRDAUS sangat berselera makan masakan mak walaupun mak hanya masak sayur lemak. FAKURUDDIN  plak suka makan ketam jadi mak selalu masak gulai ketam.FAKURAZY mak masak la apa saja sume dia balun janji yang masak tu mak.ISMUAZAM suka betul dia kalau mak buat sambal mangga.saya dan AISYAH semestinya tom yam buatan mak.><
kalau bole saya nak jaga mak macam mana mak jaga saya masa saya kecik dulu.pengorbanan seorang ibu tu sangat besar harganya dan tak mampu untuk dibayar.sekarang pun saya masih bole tidur di celah ketiak mak saya sambil bergurau senda.hehehe ^^
jadi kepada semua mak mummy ibu umi bonda mama..SELAMAT HARI IBU! terima kaseh kerana telah melahirkan kami dan membesarkan kami anak anak mu yang nakal ini..:)


time ni kat a famosa sebelum majlis akad nikah kudin abg saya


::lots of love::


::the story end here::

yeayy!!!nak abes dah!!



assalamualaikum..


bahagia tak bunyi nya?bahagiakan?biasela.intersesi dah nak abes so minggu depan bole balik umah dah.oh banchak!i miss u damn much!*ngehngehngeh
semalam la kan masa nak balik umah ada la sorang mamat ni.ya ALLAH ! friendly yang amat.overdose bak kata omputih.bercakap je keje nya macam mesin popcorn.pop pap pop pap.banyak tanya plak tu.abes soalan dia tanya.berikut adalah jenis jenis soalan yang ditanyakan oleh beliau :


beliau : hai.nama apa (sambil senyum.bajet kau comel senyum mcm tu )
saya : hajar (buat muka malas nak layan.hahaha.bajet kau hot nak buat muka gitu)
beliau : ooo.umo bape?amik kos apa?(senyum lagi)
saya : 20.kulinari (dalam hati,lambat nya nak gerak van ni)
beliau : oo.asal mana?kat sini ada degree kulinari ke?tak tau pun..(buat muka manis gula)
saya : kelantan.tak.intersesi.(nampak tak betapa malas jawapan saya di situ)
beliau : la ye ke?hehehe(gelak).saya dari sarawak tapi tinggal kat klang.
saya : (dalam hati, ada aku kesah kau org mana?yeke..(senyum plastik)
beliau : ermm..dah ada pakwe?(pelik je bunyinya tu)
saya : hah?(muka malas).pakwe takde.tunang ada (sambil tunjuk cincin kat jari.padahal cincin rm13 je yg saya beli kat mesra mall ari tu..hahaha)
beliau : oo..yeke tak pe la.(tibe tibe bangun dan blah duduk kat blakang.biol gak mamat tu tak leh nak beza cincin betul ngn plastik)
saya : (masih seperti tadi.buat muka malas + muka lapar)


nampak tak kesengalan di situ.opss.bukan saya sombong ok tapi dah memang sifat semula jadi bila kelaparan menguasai diri orang tegur pon mula la rasa cam nak bagi tendangan laju la.penampo hikmat bercili la.serius ok.saya bukan nak bajet hot ke apa ke tapi tula.saya kadang kadang agak susah nak bercakap especially dengan orang yang saya tak bape nak kenal.kadang kadang saya suka tenung orang sampai orang jadi macam palik pon ada.hahaha.dah jadi cam habit pulak tapi saya tak suka bila ada orang tenung saya.pelik kan?saya memang pelik pon.hahaha.cafe tu pon satu.kenapa la tak bukak?tak pasal pasal mamat tu jadi mangsa kekejaman mulut saya.kesian dia...ermm..


opsss.saya nak bercerita pasal benda laen sebenarnya tapi melalut benda laen sampai saya pon dah lupa apa yang saya nak cite tu.nak cite apa ye??hah!pasal intersesi.ngehngehngeh.bole plak lupa.ok la.tadi tepat kul 4.00 pm berakhirla klas kami.so next week dah final.saya ingat abes je final nak terus balik tapi depend pd tiket la kalau tak hari rabu jgk la saya balik.so tadi buat test saya final accounting.ermm.ok la soalan nya tu.ada jugak la yang saya goreng celup tepung cket cket.yang goreng tumis bercili pon ada jgk.hahaha.ntah la dalam kepala ni asyik pikir nak balik je mana la nak fokus.sorry miss.untuk final ni insyaALLAH i try my best ok!!


::lots of love::




::the story end here::

Saturday, May 05, 2012

result oh result..

assalamualaikum..
ari ni saya nak bercerita la cket pasal result saya.orang laen dah berkulat dah hajar oii citer sal result yang dah seminggu berlalu tapi kau baru nak cbuk.eh ikot suke la kan.cite saya bio laaaa...
alhamdulillah sangat sangat sebab akhirnya berbaloi jugak la result saya tu.walaupon tak dapat dekan 4 flat apatah lagi tapi tak pela saya tetap tadahkan tangan dan ucap alhamdulillah :) bagus tak *angkat kening cket cket..ngehngehngeh
nak melompat pon ada sebenarnya sebab saya memang tak jangka dapat sebanyak tu.ok berbaloi la selama ni saya kena marah dgn chef yang agak sengal (oppss), bergaduh sampai nak bertumbuk dgn staff yang agak gile (yg tu bkn saya je ckp tapi org laen pon ckp gk), kena herdik dgn chef, kena marah dgn guest, chef panggil saya tak reti guna otak..
masa final cooking pon saya rasa saya masak dgn agak terok la tapi kwn saya cakap tomato salsa saya sedap..hehehe (bkn saya ckp ok)..dgn gnochi yang ntah pape.sir mus siap cakap tu bkn gnochi tp kuih puteri mandi.letak je air gula cket then tadaaaa jadi la puteri mandi.ok sir time kaseh.masa tu saya dah gelabah cam cicak tertelan skru gamaknya.hahaha.biru je muka masa kena komen..
insyaallah for the next sem i will do more better than this (cewah speaking london uolls.grammar terabur).takpala.nanti usaha lagi ye hajar.tak sabar nya nak tunggu 2 sem je lagi n then saya akan grad tu pon kalau takde paper yg terkandas la (mulut celopar).ish taknak la.cukup la sekali.abes diploma je saya ingat nak amek photography la plak.tak pon grafik.jauh betul terpesong dgn yang sekarang kan..ape ape pon doakan yang terbaek untuk saya ye.. :)


::lots of loves:: 

::the story end here::

Wednesday, May 02, 2012

sisa sisa hidup mereka...



assalamualaikum...


okla..saya dah kembali u olls!haha..sekarang saya ada kat bachok tempat kelahiran saya gitu ok..tapi ahad nnti dah kena balik dungun dah..sob sob sob..


masa saya tengah tunggu bas masa nak balik umah ari tu adala saya jumpe sorang pak cik ni.keadaan dia sedih sgt.kaki dia bengkak tau sebelah dan berkudis.dia pakai kain pelikat dgn baju kemeja dan pakai selipar jepun yang dah agak nazak.tunggu masa je nak tercabut talinya.cukup daif di mata saya.dalam hujan pak cik tu berjalan duduk kat kerusi kat tepi saya.lama pak cik tu duduk kat situ.masa tu dia suh sorang budak pompuan ni perlahan kan kipas sebab dia sejuk.masa tu hujan la katakan..


tak lama lepas tu dia bangun kuatkan kipas balik mungkin sebab takot saya panas kot lepas tu dia pergi mana ntah.tak sampai setengah jam lepas tu dia datang balik.saya pun tgh tension sebenarnya sebab dah 2 jam tunggu bas tapi tak sampai sampai basnya.saya pun amik la keputusan beli bekalan cket nnti boleh la saya makan dalam bas.saya pun duduk la balik kat tempat tadi dan pak cik tu pandang saya.dia mintak cket biskut yang saya beli dan saya bagi je semua.kesian kot tgk dia.takpe la rezeki dia ari tu.masa dia dgr bunyi azan tu dia suh saya pegi sembahyang tau.saya pun tak paham sebenarnya apa yang dia ckp sebab loghat terengganu yg sgt pekat.mungkin sebab dia tau yg sy tak phm dia pun buat la isyarat tgn..sampai la pukul 7.45 mlm barulah bas saya sampai.masa tu terdetik jugak macam mana la pak cik tu nnti.kat mana la dia nak tido.mana anak anak dia.kenapa tak peduli kat dia.macam macam yang saya fikir..


mungkin kita semua tak perasan sgt tapi itu adalah secebis dari hakikat yang memang ada depan mata.kenapa boleh jadi macam tu?kenapa mereka dibiarkan tanpa pembelaan?sungguh kesian dan daif.mana anak anak mereka?kalau tak nak jaga pun at least hantar la kat umah orang orang tua ke.ada la jugak yang boleh tlg tgk kan mereka.jaga makan minum mereka.kenapa biarkan mereka habiskan sisa hidup mereka kat tepi tepi jalan macam tu?


saya pun hanya mampu melihat je.rasa bersalah memang ada sebab tak mampu nak membantu sgt.sama sama la kita berdoa biar anak anak mereka sedar tentang betapa kejam nya mereka biarkan ibu bapa mereka menagih secebis ihsan dari orang ramai di kaki lima...



:: lots of love::






::the story end here::