Sprinkled Donut

Friday, October 31, 2014

homemade kimchi budak rumah ala ala kaler pink

assalamualaikum. haiiiiiii
aku kembali lagi untuk kesekian kalinya setelah berminggu aku bertapa mencari ketenangan dan mencari tau tentang masalah duniaa. okeh menipu je keje padahal ada je tersengih kat sini. hmmphh -_-

btw, tadi kan, kan, kan. lepas maghrib kan, kan. kite kan dengan budak budak umah pink buat kimchi tau. haaaa. terliuq lettewww. idea ni datang dari si Dekma tu haa. haku cuma duduk tersimpuh malu je kat tepi tu terlongo tengok dierang buat kimchi. eh, ada jugak la haku tolong. tolong hambek gambar letak dalam insetageram. hahaha. okeh tak kelakar. maafkan saya. kembali ke jalan ceghita sebenar, Dekma cakap dia tengok kat belog tapi lupa dah belog hape. so, meh leerr kite tengok resepi dia. senang gila babasss wa cakap luuu.

Bahan-bahan :
2 kobis panjang (jenis nape tuh, kalu tak tau pegi tanya abang google)
garam secukup rasa (untuk rendam dengan kobis)
1 batang carrot
daun kucai (ikot suke hati)
daun bawang (ikot suke jugak)

Bahan sos:
1/2 cup tepung pulut
1/4 cup gula
3 cup air (kiterang pakai air panas)

Bahan paste:
3 tbs serbuk cili (tapi kiterang main campak je)
1 cup sos ikan (pon main campak je)
1 bawang besar *
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*

*tu blender


Cara-cara:
- okeh, memula rendam la dulu kubis tu dengan garam. tapi sebelum tu basuh leerr bagi bersih dulu karang ko makan tak basuh kang ada jugak yang sakit perut. carrot tu potong la nipis nipis kecik kecik kurus kurus, kucai tu potong lerr dalam 2.5 cm panjang, sama jugak dengan daun bawang tu, potong.
-bahan untuk sos tu korang kacau dulu ye lepas tu letak atas api bagi panas dan sebati.
- lepas tu, campur serbuk cili, sos ikan sekali dengan sos tadi. bila dah sebati tuh masukkan bahan yang dah blender okeh.
- bila dah kacau sebati, korang campur kan atas bahan sayur tadi lepas tu kacau dengan penuh kasih dan sayang yang tak terhingga sambil pejam mata (amik feel katanyeee).
- dah siap tuh apa lagi, sila lah ngapppp!







hah, cenggini la ghupenyee setelah dikacau, digolek, dilumurkan oleh mok. miahaha. yang paling atas tu paste dia. yang second tu lepas campur sume and yang last tu hasil dia. so apa lagi? pegi cepat cepat cari bahan buat ni. sekali sekala apa salahnya feeling feeling jadi orang korea ye dok? hahaha. thanks Dekma, Pija dengan Mok sebab buat kimchi umphhh ni. (:


::the story end here::