Sprinkled Donut

Tuesday, February 17, 2015

#ceritapendek

8 TAHUN CINTA~


“Kak Han! Makan!”
Laungan daripada adikku, Dija kedengaran memanggilku untuk turun makan. Dia memang begitu. Suka sangat test suara dia tu power ke tidak. Aku tidak mengendahkan Dija tapi mataku memandang ke arah sekeping kad jemputan yang baru aku terima daripada Pat petang tadi. Aku mencapai kad itu dan untuk kesekian kalinya aku mengeluh. Majlis kahwin Pat minggu depan maknanya aku kena balik hari jumaat la sebab hari minggu kat sini kan Sabtu dan Ahad. Pergi majlis kahwin Pat maknanya aku kena jumpa dengan si dia. Ermm. Macam mana ni? Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Oh ye! Jangan salah sangka ye. Pat tu perempuan, salah seorang daripada geng kawan baik aku waktu zaman kegemilangan kami di sekolah menengah dahulu kala.
Nama sebenar dia Fateha. Kawan-kawan panggil dia Fat. Kata salah seorang kawan kami, Mamat, nama tu sesuai sebab Pat waktu tu sedikit chubby. Entah macam mana daripada Fat namanya bertukar menjadi Pat dan melekat sampai sekarang. Kami dulu berlima. Aku, Pat, Maya, Alis dan Eda digelar ‘5 Sisters’ disebabkan kami memang selalu bersama. Aku dan Maya pengawas tapi aku rasalah kan aku ni pengawas yang paling tak berwibawa sekali. Alah, dulu pun jadi pengawas sebab kena paksa dengan Maya. Tak syok katanya jadi pengawas sorang-sorang sudahnya diheret aku sama. Habis sahaja SPM, masing-masing membawa haluan sendiri. Aku masuk universiti, Alis dan Eda masuk matrikulasi tapi seorang kat belah utara seorang dekat Melaka. Tinggal lah Maya dengan Pat meneruskan legasi kami di SMKB.
Aku tersengih bila teringatkan kenangan zaman muda dahulu. Bestnya zaman sekolah. Aku rasa zaman itulah zaman yang paling seronok dalam hidup aku.
....................................
Akhirnya setelah berfikir sedalam yang mungkin, aku membuat keputusan untuk pulang ke kampung. Untuk menghadiri majlis perkahwinan Pat. Tapi aku tiba lewat sehari dan tidak sempat menghadiri majlis akad nikah Pat. Dia bising juga pada awalnya tapi setelah habis alasan aku pakai barulah dia terima. Itupun mesti dengan muncung panjang sedepa. Kawan-kawan kami yang lain sudah tiba awal daripada aku. Itu sebabnya mak cik itu bising. Tak cukup korum katanya.
Aku menarik nafas untuk kali yang ke berapa entah di dalam kereta. Sekadar untuk tenangkan diri. Semalaman aku berfikir macam mana reaksi si dia bila bertemu aku dan apa yang harus aku buat bila bertemu si dia? Tunduk malu-malu kucing? Ke buat muka tiada perasaan? Atau perlu ke aku tersenyum kambing? Atau mungkin jugak aku buat-buat tak kenal?
Setelah membetulkan rambut yang diikat satu dan menarik nafas lagi, aku membuka pintu kereta. Sambil melafazkan bismillah, aku mengambil hadiah dan keluar. Mak oi! Ramainya umat manusia. Wedding of the year ke apa ni? Ke aku yang salah timing? Aku mengerutkan muka. Sambil-sambil itu mataku melilau-lilau mencari kelibat sesiapa yang aku kenal atau lebih tepat lagi kelibat si dia. Fuh! Line clear nampaknya. Aku tersenyum puas hati dan kemudiannya melangkah.
Di pintu masuk rumah, aku melihat kumpulan budak-budak kelas aku dulu. Laju aku melangkah ke arah mereka. Masing-masing terjerit kegembiraan. Al-maklumlah hampir 8 tahun tak berjumpa. Masing-masing sibuk bercerita. Aku sendiri hampir terlupa tentang Pat. Setelah meminta diri, aku menuju ke bilik Pat. Pat sedang disolek oleh mak andam. Kelihatan Alis, Maya dan Eda turut sama terjenguk-jenguk melihat Pat disolek. Aku berjalan perlahan ke arah mereka.
“Berserinya pengantin.” Aku menegur.
Mereka kemudian memandang ke arah aku. Tiba-tiba Alis, Maya dan Eda terus menerpa dan memeluk aku. Pat juga ingin berdiri tapi disebabkan jelingan ‘manja’ mak andam, Pat kembali duduk dan hanya tersenyum.
“Weh! Aku ingat tak datang. Mana la tau kan sesat ke tak jumpa rumah ni,” sinis Alis berkata.
“Entah kau ni Han. Wah, makin cantik sekarang,” puji Maya sambil memeluk lengan aku.
“Macam mana tak cantik, dah kerja kan.” Giliran Eda pula membahan aku.
Aku hanya tersengih ke arah mereka.
“Aku baru ingat nak mogok dengan kau Han. Tapi memandangkan kau dah muncul, aku cancel la niat aku tu,” Pat menyampuk. Yang lain tergelak mendengar kata-kata Pat.
“Gila tak datang? Mahunya mak cik ni datang tanam aku hidup-hidup nanti.” Aku membalas dan menjegilkan mataku kepada Pat.
“Dah, sudah! Aku nak fokus pun tak boleh. Korang ni kan!” mak andam tiba-tiba bersuara. Opss! Garangnya. Kami semua kemudian ketawa perlahan.

..........................................
Majlis kahwin Pat memang sempurna. Semuanya berjalan lancar. Pat sendiri kelihatan cantik. Badannya yang dulu berisi sudah semakin kurus. Sudah sama saiz dengan aku bak kata Maya. Kami masing-masing sudah berubah dari segi fizikal. Aku dulu agak gelap tapi sekarang sudah cerah. Maya tetap cantik seperti dulu cuma agak sedikit berisi namun tetap lawa. Alis semakin tinggi sedangkan dulu dia lebih pendek dari aku. Eda juga semakin cantik dan kulit mukanya yang dulu berjerawat semakin licin dan bersih. Sedang aku berborak dengan mereka, aku terasa seperti diperhatikan. Lantas aku berpaling dan air muka ku sedikit berubah. Yusoff! Dia tersenyum kepadaku dan aku hanya membalasnya dengan senyuman hambar. Aduh! Macam mana boleh terserempak ni? Eh, memanglah dia ada. Inikan majlis kahwin adik dia. Aku bermonolog di dalam hati.
Aku memandang lagi ke arah Yusoff. Oh, lupa. Yusoff itulah yang disebut sebagai si dia tadi. Dulu aku pernah menaruh sedikit perasaan kepada Yusoff. Sedikit aje okey. Beza umur kami agak jauh. 7 tahun. Masa itu aku baru tingkatan 5 dan Yusoff belajar di universiti. Aku melihatnya untuk kali pertama di rumah Pat. Waktu itu aku dan Alis ke rumah Pat untuk menyiapkan kerja sekolah kami. Yusoff waktu itu berambut panjang dan agak selekeh tapi aku suka melihatnya tersenyum kerana dia mempunyai lesung pipit seperti Pat tapi cuma di sebelah kiri. Sejak daripada hari itu aku meminatinya dan siapa sangka dia menghulurkan salam perkenalan kepadaku. Lama kami berhubung dengan sms dan telefon tapi lebih kepada hubungan adik dan abang sahaja. Tiada siapa yang tau tentang kami. Aku hanya simpan sendiri. Malu sebenarnya kalau mereka tau lebih-lebih lagi Pat sebab itukan abang dia. Habis je SPM, dia menghilangkan diri. Kata Pat, abang dia bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan dekat Sabah. Punya lah jauh dia pergi sampai langsung dia tak sms atau call aku lagi. Tapi itu cerita dulu. Sekarang ni dia makin hensem. Kulit dia yang dulu gelap dah nampak putih sedikit. Rambut pun sudah pendek dan kemas. Dan yang penting mesti dia dah kahwin. Haii, melepas lagi la aku nampaknya.
Selesai sahaja majlis persandingan Pat, aku meminta diri untuk balik. Ibu Pat yang kupanggil umi membekalkan sedikit gulai lembu kepadaku. Selepas bersalam-salaman dengan mereka semua, aku menuju ke kereta yang diparkir agak jauh daripada rumah Pat. Baru sahaja aku ingin membuka pintu kereta, ada suara yang memanggil nama aku. Terus aku berpaling dan lagi sekali aku terkejut. Mujur aku pakai  flat shoes kalau tidak dah lama aku jatuh tertonggeng sebab terkejut.
“Kenapa? Pucatnya muka.” Yusoff menegur bila aku hanya diam terkelu.
“Hah? Pucat? Mana ada.”
Yusoff tersenyum menunjukkan lesung pipitnya. Aduh! Saja la tu nak suruh aku teringat dekat dia.
“Dah nak balik ke? Cepatnya.”
“Cepat? Dah lewat dah ni. Nanti mak saya bising pulak.”
“Hanna cuti sampai bila?”
Tidak keruan aku dibuatnya. Kenapa? Nak ajak dating ke? Aku hanya mampu berkata begitu di dalam hati. Nak mampus kalau aku tanya betul-betul?
“Sampai Isnin je. Selasa dah kerja balik.”
Aku cuba senyum semanis yang boleh. Fuh! Biarlah kau teringatkan aku jugak. Aku ketawa dalam hati.
“Hanna kerja dekat mana?” Dia menyoal lagi.
“Dekat area KL je. Eh, takpe lah awak. Saya kena balik ni. Dah lewat. Assalamualaikum.”
“okey, waalaikumussalam,” dia menjawab sambil senyum. Aduh duh duh. Senyum lagi. Mujur tak terbabas aku. Aish! Hanna Hanna. Sampai macam tu sekali.
..................................
Malasnya nak masuk ofis balik. Selalunya macam tulah lepas lunch. Hari ni aku keluar lunch dengan Alis dan Eda. Banyak pulak cerita kami. Masing-masing becok bercerita sampai berebut-rebut. Duduk bertiga tapi kecoh macam ada 10 orang. Abang hensem dekat tepi meja kami banyak kali menjeling tapi kami buat tak tau je. He..he..he.. boleh jatuh saham masing-masing.
Aku duduk bermalasan di kerusi dan mencapai coklat KitKat. Jangan tak tahu aku ada secret admirer tau. Semenjak aku masuk bekerja di syarikat ini lagi akan ada sekeping coklat KitKat diikat riben di atas meja. Puas aku selidik dan cari siapa pengirimnya tapi sampai ke hari ini tetap menjadi misteri. Aku mengeluh dan kembali menghadap laptop. Menyesal pulak tak bagitau Yusof mana aku kerja. Kononnya ingin berahsia sekali aku sendiri yang rugi. Tiba-tiba muncul Sharifah, setiausaha Tuan Bakri di depan meja aku dan dibelakangnya ada seorang lelaki dan lagi sekali dalam tempoh 5 hari  aku terkejut sampai ternganga mulut aku.
“Han, ni Project Manager yang baru yang gantikan Encik Teoh. Encik Yusoff, ni Hanna, salah seorang engineer  dekat sini dekat sini.” Sharifah memperkenalkan kami. Kami masing-masing tersenyum dan Yusof menganggukkan kepalanya sedikit kepadaku. Setelah mereka pergi, aku duduk merenung nasib diri. Macam mana dia boleh tercampak kat sini? Project manager pulak tu. Takkan ikut aku kot? Tak mungkin. Tak mungkin. Perasannya kau ni Hanna!
................................
Sejak Yusoff bekerja satu syarikat dengan aku, hatiku semakin berbunga-bunga. Senyuman semakin lebar dan hariku terasa indah mekar. Okey hiperbola je. Aku mencapai coklat KitKat di atas meja dan membuka pembalutnya. Nasib baiklah sepanjang aku makan coklat itu aku masih waras. Mana lah tau pengirimnya ‘memandrem’kan aku tak ke naya.
“Syoknya makan coklat.” Entah dari mana Yusoff muncul dan menegur aku. Aku yang sedang enak menikmati coklat terus tersedak. Tekakku terasa perit dan aku terbatuk.
“Alamak! Sorry Hanna.” Dengan penuh rasa bersalah dia berkata. Dia berlari ke luar dan kemudian datang kembali dengan segelas air masak. Aku dengan rakusnya meneguk air tanpa menghiraukan Yusoff. Ah lantaklah ayu ke tak. Yang penting nyawa aku.
“Okey dah?” soalnya. Riak mukanya terserlah kerisauan. Tau pun takut.
“Dah.” Aku menjawab sepatah.
“Sorry ye? Ingatkan awak perasan.”
“Takpe. Saya yang syok sangat makan tadi sampai tak perasan awak kat pintu.” Eleh. Cakap jelah kau gabra Hanna. Hatiku berkata-kata.
“Awak suka KitKat ye?” soalnya lagi bila melihat pembungkus KitKat diatas meja.
“Suka la jugak tapi bukan saya yang beli. Ada orang bagi.” Jawabku jujur.
“Orang bagi?”
Aku mengangkat keningku.
“Setiap hari mesti ada coklat ni atas meja saya. Dari saya mula kerja dekat sini.”
“Awak tak takut ke makan coklat tu? Manalah tau kalau-kalau...” ayatnya sengaja dibiarkan tergantung.
“Mula-mula takut jugak tapi entah la. Saya rasa nak makan tu yang saya ngap je.” Aku tersengih usai berkata begitu.
Yusoff tersenyum melihat gelagat aku dan kemudian meminta diri untuk keluar. Aku tersenyum senang hati apatah lagi selepas mengetahui bahawa dia masih single daripada Pat semalam. Maksudnya ada peluang lagi la tu.
............................................
Pagi itu aku bergerak awal ke pejabat kerana aku ada meeting pagi ini. Sebaik saja sampai aku terlihat Yusoff di mejaku. Aku kemudian berjalan menuju ke arahnya. Sebaik melihat aku, dia kelihatan terkejut. Sesuatu terjatuh ke lantai dan aku dengan pantas mengutipnya. KitKat! Aku memandang Yusoff dan coklat itu silih berganti. Dia seperti serba salah.
“Jadi selama ni awak yang letak coklat ni?” aku menyoalnya keras.
“Hanna, tolong dengar dulu penjelasan saya.” Dia berkata lembut. Aku memandangnya tajam.
“Apa maksud awak buat macam tu? Kenapa tak bagitau je kalau awak suka saya?” Entah macam mana ayat itu boleh terkeluar daripada mulut aku.
“Saya segan sebenarnya. Saya dah lama sukakan awak. Daripada mula-mula kita jumpa 8 tahun dulu lagi.”
Sedang aku ingin bersuara, Sharifah muncul.
“Eh, Hanna? Bukan ada meeting ke pagi ni?” Dia menyoalku pelik.
“Alamak! Yelah. Saya dah lewat ni.”
Kelam  kabut aku berlari ke meja dan mengambil fail. Kemudian aku berhenti di depan Yusoff.
“Kita tak selesai lagi tau.” Dia hanya tersengih dan mengangkat bahunya dan aku bergegas  menuju ke bilik bos.
.............................
Kedengaran kompang dipalu di luar rumah. Aku masih lagi disolek oleh mak andam. Aku masih lagi tersenyum kerana terasa seperti mimpi. Tak sangka akhirnya aku kahwin dengan si dia. Ingat kan aku akan frust menonggeng selamanya.
“Tak sangka rupanya kawan baik aku sendiri jadi kakak ipar aku kan korang.” Kedengaran suara Pat mengusik aku dari belakang.
Maya, Alis dan Eda kemudian ketawa beramai-ramai. Amboih suka nau mereka mengusik aku. Muka aku sudah bertukar warna. Malu beb!
“Alah, dah jodoh dia dengan abang kau yang hensem tu nak buat macam mana. Patutlah selama ni bukan main aku ushar abanag Yusoff tu tapi dia buat derk je. Rupanya dah tersangkut dekat budak ni,” Alis menambah usikan Pat.
“Weh, tak baik tau korang. Pat, kau kena bersyukur tau dapat kakak ipar penyayang macam aku ni. Bahagia abang kau,” aku membalas usikan mereka sambil mengangkat keningku. Mereka kemudian ketawa lagi.
Kenangan 2 bulan lepas menerpa lagi di ingatan. Selepas kejadian Yusoff terkantoi dipejabat, kami keluar malam itu. Beria dia memberikan penjelasan kepadaku. dan aku hanya  tersenyum bahagia. Nampaknya dia memang berkongsi rasa yang sama dengan aku walaupun sudah 8 tahun berlalu.
“Saya senyap-senyap cari tau pasal awak tapi lepas tu kantoi dengan Teha.” Dia memulakan cerita.
“hah? Maksudnya Pat tau la pasal ni?” aku terkejut mendengar penjelasannya. Dia mengangguk.
 “Pasal coklat yang awak dapat dulu tu, Teoh yang letakkan. Dia kawan saya daripada universiti dulu. Saya ada tertengok gambar awak masa family day syarikat beberapa bulan yang lepas dan saya tanya pada Teoh. Sejak tulah saya suruh dia letakkan coklat tu setiap hari dalam pejabat awak. Lepas Teoh dapat surat penukaran, dia cepat-cepat suruh saya apply kerja dekat sini supaya dekat dengan awak. Selama ni saya cuba cari awak. Teha banyak cerita pasal awak dekat saya. Lepas tau awak gembira dengan hidup awak saya rasa gembira sangat. Teha ada suruh saya contact awak tapi saya biarkan dulu sebab saya tak yakin. Lepas jumpa dengan awak balik masa majlis kahwin Teha tulah saya mula yakin dengan perasaan saya.” Panjang lebar Yusoff menjelas kan.
Patutlah dulu Pat beria betul halang aku daripada bercinta. Kononnya aku ada yang sedang tunggu. Rupa-rupanya abang dia yang tengah tunggu aku. Malunya aku rasa. Macam nak sorokkan kepala dalam handbag pun ada sekarang ni. Muka aku terasa panas menahan malu.
“Kenapa Pat langsung tak bagitau saya?”
“Saya yang suruh dia sorokkan. Lagipun awak kan tengah nak SPM masa tu. Saya tak nak awak hanyut dengan perasaan sangat.”
Eh aku memang hanyut la masa tu. Hanyut angau sorang-sorang.
......................................
“Aku terima nikahnya Hanna binti Harun dengan mas kahwinnya RM80 tunai,” begitu tenang Yusoff bersuara. Dengan sekali lafaz aku sah menjadi miliknya. Pat kemudian memeluk aku dan diikuti oleh Maya, Alis dan Eda. Mereka tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepadaku. Mak dan Dija tersenyum melihat aku yang sudah bersuami. Semalaman mak menitipkan kata-kata untuk aku. Dija pula tidak habis-habis mengusik selepas tahu aku ingin berkahwin. Yusoff kemudian mendekati aku dan menyarungkan cincin ke jari manis sebagai tanda aku adalah miliknya. Disaat dia mencium dahiku, aku berjanji akan menjadi seorang isteri yang taat kepadanya dan menjadi seorang ibu yang baik kepada anak-anak kami nanti. In sha ALLAH.
Syukur ya ALLAH. Akhirnya setelah 8 tahun menanti dan memendam perasaan, kami bersatu. Aku bersyukur kerana yang menjadi suamiku adalah cinta pertamaku dizaman sekolah  dulu. Semoga kami akan terus bersatu dan bahagia sehingga ke akhir hayat kami. AMIN.


*assalamualaikum. Saya masih lagi belajar untuk menulis dengan baik. In sha ALLAH saya akan cuba memperbaiki lagi cara penulisan saya di masa akan datang. Peace ><

::the story end here::