Sprinkled Donut

Sunday, April 14, 2013

ohh serammmm +o+



Assalamualaikum..


Entri ni sebenarnya dah lama aku nak hapdate tapi asyik lupa je.nak buat macam mana kann.so ari ni nak cite sikit pasal satu kejadian yang bagi aku agak menaikkan bulu roma jugak la kann tak kisah la bulu roma kaki ke.tangan ke mahupun bulu bulu yang lain.opss.hehehe.aip.aip.aip.jangan pikir pelik yee.haha.well bukan satu sebenarnya tapi agak lebih la jugak pada satu.get it??goood.

So nak jadikan cite la kan aku dengan adik aku kena la tinggal time mak dengan ayah aku pegi tunang angah a.k.a kezen aku yang tinggi tahap apa ntah (sempat lagi mengata.soorii kak ryna.hehe)alaaa macam biasa la kan terpaksa la aku dengan dak ecah tu menumpang kasih dan sayang kat umah nenek aku tuu.sobs..sobs..sobs..ku meniti awan yang kelabuu..ku tempuhi lorong yang berlikuu..sobs..sobs..huhu..tetiba drama pulakkk..okeh2.back to the story.malam tu adik aku dengan sepupu sepapat campur ayah chik aku sorang tengok la satu rancangan kat tv9 pasal paranormal gituu la kan.so ayah chik aku dengan lantangnya telah pon mengusik si dak ecah tuu.time dia nak balik umah bini dia la kan dia cakap dulu dia penah kena usik time tido.benda tu cakar dinding.aku yang dengar ni buat bodo je la sebab malas nak layan tapi si adik aku ni pulak cakap besar.siap nak kim salam bagai kat benda tu.aiyoyo..

Malam tu aku pon tido la dengan lena sekali tapi tetiba pulak aku dengar ada orang putar speed kipas.aku yang dengan muka naek hangin bagai pon bangun la nengok adik aku kat tepi tu haa kot dia yang bangun slow kan kipas sebab sejuk tapi aku tengok elok jeee minah tu tidoo.selimut bagai uollss.aku pon jelling la jam tepon.kul 2.50am.ermmm.aku buat bodo lagi then boleh pulak tuu aku bangun kuatkan balik speed kipas.aku pon intai la kat ruang tamu kot mak sedara aku ke yang slowkan tapi sume tengah tidoo terbungkang jee.sepupu tecikk aku pon tak bangun merengek macam biasa.aku pon buat bodo terus sambung tidooo.hahahaha.pagi tu aku tanya semua orang yang ada kat umah tu daripada sepupu aku sampai la mak mak sedara aku tapi sume tak ngaku.tetibe pagi tu baru la aku rasa cam meremang bulu idung cket.maybe sebab malam tu aku mamai kot.hahahaha.

Dulu pun benda yang sama terkena dekat aku.juga melibatkan kipas.benda ni memang suka maen kipas kot.huhu.dulu tu time arwah atuk aku meninggal.kitorang sepupu sepapat ni terpaksa la tido kat ruang tamu sebab terlampau ramai kan.so aku tido la mengadap dinding tepi pintu umah atuk aku tu.malam tu tetiba aku terbangun lepas tu aku terpandang ada sorang pompuan ni pakai macam putih rambut paras dada tengah ejas speed kipas.aku mati mati ingat mak ngah aku sebab tu bila aku tengok je aku pon terus sambung tido balik.hahaha.pagi esoknya bila aku tanya takde sorang pon ngaku.time tu la aku perasan yang tu bukan orang tapii..erkk..wallahualam..

Time kat park royal dulu pon aku terkena jugak tapi dia maen tutup lampu je.time tu kul7.30 baru lepas maghrib.aku ni dah nak terkucil sangat turun la loker buang hajat tu.tengah syok syok boleh pulak lampu terpadam.mujur la dah siap buang hajat so aku apa lagi dengan gaya cool dan slow motionnya (bajet rilek padahal nak tercabut je lutut rasa) keluar.lepas tu terus aku lari masok kitchen balik.hahaha.lepas pada tu aku dah tak pegi loker dah kalau time maghrib even nak terkucil sangat pon aku tahan gak.huhuhu

Ayah aku cakap benda tu juga adalah makhluk ALLAH.dia pon sama macam kita.apa yang kita lihat t upon sebenarnya adalah mainan syaitan so kita sebagai hambaNya tak perlulah nak terlampau percaya sangat dengan benda ni.bukan tak boleh percaya tapi jangan berlebihan.ada paham??goooooddd >< so sekian saja cite hari ni.nak layan running man jap.huhu.arioooosss :p

::the story end here::

Saturday, April 06, 2013

tanam anggur ternak lemak




assalamualaikum


korang dengar tak lagu blog aku ni?best kan?kan kan kan?nasib baek best kalu tak aku hempuk korang dengan iron.hahaha.*hentak kaki tiga kali.aku dapat tau pasal lagu ni pon daripada adik aku si ecah tu.member selalu nyanyi katanya.katanya lah kan.dengar punye dengar lagu ni tetiba aku teringat.laaahhh ! lagu cite SETIA HUJUNG NYAWA rupanya.secara laju yang teramat muncul lah imej muka poyo dan sombong si Zain tu beserta muka comel dan polos Elsalina.hahaha.best jugak la kan cite tu.boleh tahan la jugak walaupon aku sendiri banyak skip cite tu.kuakuakua :p
okeh la bertemankan nyamak nyamak (nyamuk) dalam bilik yang dari tadi je macam tak sabar sabar nak teguk darah aku ni (siap panggil geng lagi.mengong punya nyamuk!) aku pon merajinkan la diri ini untuk menaip entri ni.hahaha.
well as we all know la kan aku sekarang ni telah pon abes diploma (yeaayy! tepok tangan cket!!) so sekarang ni tengah menjadi penganggur terhormat la gituu uollss.bukan tak nak keje tapi sume keje yang aku carik dah penuh uollss.mak aku dah tanya kat member dia tapi mak cik tu pulak cakap dah penuh.hotel??oh memang tak la kan keje hotel.aku sendiri pon tak sanggup lagi dah.hahahaha.bukan apa aku pon dah ada pengalaman keje hotel ni so aku tau la azabnya macam mana.hahahaha.mak sedara aku ada ajak tinggal dengan dia tapi takkan la aku nak dok tersengeh je kat umah dia tak buat pape.mane best brooo..
member aku yang laen kebanyakannya pon dah keje tapi kat hotel la sedangkan aku?masih lagi tersengeh kat umah tanam anggur.haha.btw cik abang sekarang pon dah masuk hotel dah kat holiday villa.masa dengan aku pon agak terhad la jugak sebab dia busy tapi kata cik abang keje kat sana lagi best daripada kat tempat lama sebab takde orang push dia dan yang penting tak hidup dalam drama.katanya lah.hahaha..
okeh la setakat ni je kot yang aku nak tulis.nak gi carik ridsect jap nak sembur nyamak nyamak ni.hilang ngantuk aku layan mereka ni.kalu 2 3 ekor takpe lagi ni tak.segerombolan rakyat dia datang serang aku.cis! tak guna betul! so babai ye :)

::the story end here::