Sprinkled Donut

Wednesday, December 26, 2012

love.life @ park royal penang :)

assalamualaikum and hye all!!

ecece.macam dah lama pulak tak menjengah serta menjejak kan kaki kat sini.hahaha.well hari ni cuti so saya ambik la kesempatan yang ada ni menaip dan menari narikan saya punya jari jemari yang agak runcing jugak ni untuk menaip sedikit sebanyak pasal my 2nd family.fuh!!akhirnya fullstop.penat jugak taip tak berenti ni kan.kuikuikui.
so macam mana nak start eh?sebenarnya dah lama nak post pasal apa yang saya nak post ni tapi tu la asyik keje je kan mana la nak sempat.baru je nak taip tangan dah cramp.adoyai..ok lah.sekarang ni agak busy la cket kan memandangkan bulan 12 yang memang busy kan.hari hari pon asyik ot je.pegi keje gelap balik keje pon gelap.huaaaa!!
park royal resort.tempat baru uolls.mula mula memang la rasa macam nak balik kan.ala biasa la sapa sapa pon mesti tak biasa lagi dengan tempat baru kan + 1st time mai penang kot uolls maunya tak takot.jaoh dari family.selama ni pon paling jaoh kat dungun nuh tapi 3 4 jam je la.but then lama lama aku pon dah biasa dengan semua tu.dapat pulak geng geng kitchen agak ramah dan tamah kan.my executive chef tak payah cakap la memang sempoi habis la.kira boleh ngam la dengan kitorang si kanak kanak trainee ni.*kanak kanak la sangat.hahaha.ada la jugak setengah tu yang tak ngam tapi tulah biarkan saja mereka dengan dunia mereka okeh! fuyoo skema pulak ayat aku.hahaha.kat sini memang agak laen la sikit dengan yang zaman dolu dolu tu.kenapa?biarlah rahsia okeh *macam lagu dato' siti pulak.suara dia memang best kan.aku suka lagu muara hati tu.memang lagu feveret kot.ek eleh lari tajuk la pulak minah ni.
by the way time paling aku agak kureng suke la kan adalah jeng jeng jeng!! buffet line!!adoyai.ada ke orang yang suke kena refill barang banyak banyak kali?kalau ada memang aku nak tabik springggg la kat dia.serius weh penat!!! tapi tu la nak buat macam mana kan dah keje aku tak kan nak suruh orang laen yang buat pulak.tak gitu uolls?tapi bila dah takde buffet takde keje rasa macam boring tahap gaban otomen taro pon ada.tula manusia ni tak reti bersyukur langsung!ada keje malas takde keje nak keje kan :P
tapi dalam tak suka pon ada la jugak part yang agak mencuit hati tu.time jumpa dengan guest yang terlebih ramah tamah.time jumpa artis.time jumpa lelaki lelaki ganteng.opss.heheheeh :) ada la satu hari tu mak cik ni datang kat aku time breakfast.mak cik ni mat salleh okeh tapi reti pulak cakap melayu.mujur aku tak mengeluarkan kata kata yang tak sepatutnya depan dia sebab time tu agak busy jugak la so minda pon tak berapa nak berjalan dengan baek sekali.hahahaha.

"hye good morning! ada limau?"

"morning! hah?" (muka blur)

"saya mahu limau.you know.lime?"

"owh lime?you want it?i will get it for you if you want" 

boleh pulak aku tanya padahal mak cik tu memang nak.dah tu speaking omputih pulak kau hajar.mak cik tu cakap melayu.sapa yang mat salih sapa yang melayu ni?hahahaha.dalam 2 3 ari jugak la aku jumpa mak cik tu.dan 2 3 ari jugak la dia mintak limau dengan aku sampai la satu ari tu...

"hye girl.i'm was looking for you.saya sudah mahu balik hari ni.this is my last day here and i can't see you anymore."

"really?well harap harap dapat jumpa kamu lagi!"

"i hope so.ambil la ini sebagai hadiah.just a little give." (letak something dalam poket baju aku)

"no it's okay! saya tolong ikhlas."

"tak apa.saya tak tahu nak bagi apa sebagai hadiah kepada kamu."

then bila aku tengok dalam poket rupanya dia bagi fulus.jumlahnya biarlah menjadi rahsia. :)
ada jugak sepasang guest mat salih ni yang very friendly.dah dekat seminggu lebih kot aku tengok dia kat sini.yang wife ni suke sangat makan noodle then dia akan bagi komen even noodle yang dia makan tu adalah benda yang sama (bertukar setiap hari tapi benda yang sama.get it?ahh buat buat paham je larh tak reti aku nak explain).si husband ni pulak suke makan watermelon.hahaha.macam macam kan kerenah mereka mereka ni :) tapi yang paling  aku tak berapa berkenan bila kena layan pak arab.bukan apa aku agak tak paham apa yang diorang nak.sleng english memang takde.okeh macam grammar kau bagus hajar but seriously aku kalau dengan orang arab ni tetiba dengan aku sekali secara otomatik nya jadi blur kot.ermmm.kena belaja cakap arab la nampaknya.kena refresh balik apa yang aku dah belaja time sekolah dulu.
pressure??ada la jugak sikit sikit kan.tempat keje mana la yang takde pressure?penyanyi pon boleh pressure apatah lagi aku yang dok dalam kitchen ni?*ada pulak kaitan masak dengan nyanyi?sekarang ni aku kat cold kitchen.bulan depan tak tau masok mana.cold kitchen walaupon nampak je hari hari potong buah tapi kalau time busy tak menang tangan jugak la jawabnya.tapi kira aku ni bertuah la jugak sebab tempat tu tertutup sikit so bila dah stress boleh la aku nyanyi kuat kuat.abang din pon tumpang sekaki kot nyanyi.memang sempoi and sporting habis la.selama sebulan ni dah boleh buat album duet dah aku dengan abang din.hahaha.
pastry pulak sekarang agak kelam kabut sikit sebab tak cukup staff.mak tiri @ karen pon dah berenti sebab dapat keje kat singapore kata nya.sok chin pulak dapat keje kat hotel yang lagi dekat dengan rumah dia.sapa yang tak nak kan dekat dengan rumah.chinese kitchen pulak kurang satu staff bila si cacing tu dah berenti.sapa cacing?hahaha.aku pon tak tau nama dia apa sebab selama ni aku just panggil dia cacing.hehehe.tak lama lagi park royal akan kurang satu lagi staff sebab chef ah sek dah nak bersara dah.ermm.. :( dulu mungkin aku asyik nak abes awal je praktikal ni tapi sekarang dah mula rasa sayang pulak nak tinggal tempat tu.memang la ada jugak people yang annoying but well that's life.tak semua yang kita nak kita boleh dapat kan?? so just smile and terima semua yang ada dengan hati yang terbuka.sekian saja tazkirah kita pada kali ini ye.hahahaha.boleh pulak macam tu.
time christmas ari tu lagi lah kan.asyik nak bergambar je.orang lain sibuk keje kitorang asyik sibuk nak amik gambar.yang best nya bila chef teng dengan chef bob sive pon tumpang sekali.dalam sibuk nak refill barang tu diorang boleh lagi sibuk nak amik gambar sekali.memang sporting la..hahaha..
okeh la.tangan pon dah lenguh taip menaip ni so sekarang nak makan pulak.makan apa?tak tau lagi.hahaha.makan je la apa pon yang ada janji kenyang tak sakit perut. :) nak upload gambar geng kitchen tapi tu la laptop tak leh nak detect pulak.sadis betul!huh! biasala barang lama nak kena ganti baru ni.buat perangai lagi wahai laptop aku humban kau bawah jambatan pulau pinang nuh!

so enjoy your life with a smile! :) arios..


::the story end here::