Sprinkled Donut

Sunday, July 21, 2013

redha



assalamualaikum and hallo..
dua hari lepas result penerapan dah pun keluar. kau bayangkan apa perasaan aku sebelom tuh? malam tuh aku tak boleh tido weyh! kepala otak nih berterbangan uolls ke udara dan kemudian dihembus angin malam. hakhak. motip la sangat kan kau berdrama pepagi nih mek oiii. padahal malam tuh lena je aku tido tak hingat apa lagi dah. aku nih awal awal lagi dah set dalam kepala otak aku yang suci murni nih, kalau tak dapat nak buat macam mana kann? next time boleh usaha mintak lagi. kalau tak dapat jugak? arghh ! kita buat la sampai dapat. buat sampai orang uitm rasa bosan nak nanges sebab asyik asyik nama kau je yang naek buat permohonan. so bila dia dah boring tahap otomen tertelan asam boii gerenti dia luluskan permohonan kau tuh. ahaks ! sampai kesitu tahap pemikiran aku tau tak? mak aku pulak lagi la rileks.

alah..kalau tak dapat sambung kau pegi je keje dengan mak sedara kau kat kuantan nuh. takdelah kau jadi penganggur je. ( bonda ku berkata sambil pegang senduk)

ayah aku?haha. macam biasa stail dia laa wat leks wat cool baca peyyperr.

pagi esoknya, aku macam biasa la bangun je tido mengadaplah tibi nih haa. tengok drama kat tv3 sambil makan makan ckets.opss. weh bulan puasa la mana boleh makan! hakhak. aku tipu jee. weyh aku puasa okeh jangan nak memandai buat spekulasi cakap aku tak puasa! tepat je kul 12.25, si Anis nih pulaks dengan penuh baek hatinya col aku suh tunggu depan lappy. motipnya? saja nak suh aku teman dia berdebar. alahhaaaiiii kawan! ada ke pulak nak berdebar pon berteman. dia cakap family dia nih semua dah tertunggu tunggu dah depan lappy. dia pulak yang tension. hahaha. aku? macam biasa buat tak reti je dulu. masa nih belum rasa apa lagi sebab alaahh baru pukul 12.25. result pukul 12.30 baru kuar. hahaa..

tepat je pukul 12.30 (aku pun maen agak je sebab aku dengar rancangan ketuk ketuk ramadhan dah start) aku orang yang mula sekali bukak. padahal tadi kemain lagi nih cakap tak nak bukak lagi.hihi. dengan menggunakan sebelah je mata aku pon bukak laa kann. aihh!! nak tengok result dia? meh sini meh aku tunjuk kat korang..



taddaaaa!! waaaa.. memula sekali aku tengok apa tau, kampus mana. tapi bila je aku tengok kampus aku kat mana terus je aku rasa macam nak makan soda bikarbonat campur baking powder!! maaakkk!! dungun lagi kot! kalau dah dungun tuh memang sah sah la aku dapat foodservice. masa tu macam macam feeling ada. nak nanges pon ada. nak gelak macam orang gila pon ada. terus je aku jerit kat mak cakap aku dapat kat dungun. ayah aku yang tengah tido kat bawah tuh kemain lagi terkejut bangun lepas tuh tersengih. aiii. magik ayah aku nih. mengigau ke apa? macam tau tau je aku dapat kat mana. ish! lepas tuh terus je grab tepon col Anis tapi hampeh je minah nih. kemain dia berdebar tapi aku jugak yang tau dulu. dia cakap tak leh tengok sebab lappy dia jem. aku pon sepantas mungkin bagi saranan supaya beliau mencampakkan je lappy beliau ke laut cina selatan. hihi. tipuu jeee.. wekss :p

aku pon dengan penuh rasa tanggungjawab plus nak tau yang membuak buak terus cakap nak tolong tengok kan. memula dia cakap nak tengok sendiri tapi kakak dia berkeras suh aku tolong tengokkan. hehe. dapat je bukak aku rasa nak nanges pulak kan. kau tau minah tu dapat mana? shah alam okeh! ANIS DAPAT SHAH ALAM!! oh hemgeeeee!! dia dapat apa yang dia mintak, sains pentadbiran but me??nope! aku mintak landskap tapi alih alih dapat foodservice. sobsss. (nanges letak muka dalam baldi). kemain lagi time buat permohonan aku letak foodservice 3rd choice, landskap 1st choice. huwaaa..nak nanges je rasa sambil hentak hentak kaki kat lantai..mak aku cakap maybe ada hikmah disebalik sume tuu so aku pon dengan muka sebek redha je laaa.

dulu la kan last sem, aku bukan maen lagi say gudbai kat dungun dengan harapan tak mao lagi dah pegi situ sebab kat situ ada kenangan pahit dia. selalu je aku berdoa biar nanti kalau dapat sambung, letak la aku kat celah ceruk mana sekalipun asalkan bukan lagi dungun dengan penang. penang? jauh wehh. giler kau aku nak pegi penang balik. uhh kalau dapat situ memang 4bulan sekali jelah aku balik jawabnya. tu pon time semester break je. ahaha. well, penang pon okeh je sebenarnya tapi maybe tak bape seswai kot dengan gaya hidup aku sebagai gadis kampung nih. cewahh statement nak vogue je. haha. takdelah.. aku suka je penang tuh tapi kalau boleh i just wanna go to somewhere else. tempat yang tak pernah aku pegi lagi..

dulu berangan la kan kalau dapat shah alam kan best. boleh aku jenguk anak sedara aku si Omar tuh. lagipun abang abang aku ada je kat sana. nak jenguk, manja manja dengan Imaan tak boleh sebab jauh so tak dapat dua dua salah sorang pon boleh laa. sobss. tapi nampaknya tak termakbul la puloks. adoyaii. mak aku cakap apa tau, 

alahh. mungkin sebab saja nak suh kau dekat dengan boifren kau kot. ahaha. apa lah mak nih. kesitu pulak. malu i tauu.

kak ipar aku pon cakap benda yang sama. maybe memang rezeki aku kot dalam bidang makan makan nih. sebabnya? dulu dapat interbiu terlepas. then mintak lagi sekali tak dapat. ermm. betul jugak kan. dia siap cakap lagi maybe aku banyak buang air besar kat dungun kot sebab tu dungun seru nama aku balik. ahahaha. boleh pulak ada kaitan kann? incik boifren? haii macam biasa, dia rileks jeee..

tapi yang pasti aku kalau balik dungun kali nih, sorang jee. dah takde lagi dah naek kelisa hitam WPS Anis tuh sambil dengar lagu kuat kuat sampai terkeluar taik telinga.dah tak boleh beli kopok otak sekali lagi. dah tak boleh duk satu umah sekali. dah tak boleh study sekali. dah tak boleh pegi pantai sekali. dah tak boleh tengok movie sekali.semua dah tak boleh sekali weyh!! dan yang paling penting, dah takde orang nak buat aku rasa annoying lagi dah..haha..kau pon dah takde orang nak merajuk dengan kau kan. T_T weh! kau pegi sana jangan lupa aku tau! memang la lambat lagi tapi sekarang kan masa berjalan laju jee so kau kat sana pepandai ye. kalau sakit jumpa doktor. kau jangan asyik nak makan ABC sampai food poisoning pulak. kat sana takde kopok otak so kalau nak makan tuh memang takdelah kann. ahaha..takpe nanti aku hantar gambar kat kau yee..nanti kalau nak gi mana mana kau bawak teman ye nanti kau sesat tak jumpe jalan.hehe. so, see ya my friend! i hope u will enjoy ur new journey and gudluck! gonna mish all the moments together..memang la kita selalu gaduh tapi kau dengan aku insyaAllah tetap kawan yeee ^^


p/s: looks likes Laila akan tengok muka aku lagi lepas nih. boleh la aku wat dia rasa annoying pulak..ahaha ><










::the story end here::

Tuesday, July 16, 2013

cerita ramadhan ketujuh







assalamualaikum.
hah amik kau tajuk. kemain gempak lagi uollls. ahaha. lagu blog pon dah bertukar lagi. kureg cket sedih daripada hari tu. heuheu. aku pon tak paham sejak bila pulaks aku nih jadi minah penyedih. haruuuu..selama nih happening je okeh. lalala.
alah bukan selalu kan nak jadik penyedih nih. well entry lepas yang agak menyayat hati tu sebenarnya aku reka je. ada sorang hamba ALLAH nih tanya dari mana aku hambek cite tu? waahh haruslah aku reka sendiri uolls. berkat asyik tengok drama airmata zaman P.Ramlee dulu keluar la cite tuu haa.. katanya lah..
okehlaa minggu nih agak sedikit kijam terhadap aku sebab ada dua benda yang bakal berlaku dalam hidup aku.haaa kau statement gancam giteeww. hihi. insyaAllah kalau takde halangan lah kan result degree keluar jumaat nih. tak tau lah dapat ke tak. aku dah buat sebaik mungkin. doa pon dah sekarang nih tinggal tawakal je yee :) hari sabtu pulak dan dan aku exam MUET. adoyaii. spoil mood betul la kan. tapi takpelah wat lek wat cool sudaa..hihi.. (tampar diri sendiri)
okehlah tu je kot nak cakap. boringnya taip menaip nih. kalau blog nih guna suara kan best. cakap je. senang takyah lagi dah nak taip.








#pendek je entry kali ni. malas nak taip panjang. penat aku puasa. hihi..(lempang diri pakai mop)
okeh laa..selamat berbuka ye walaupon sekarang baru masok zohor ^^





::the story end here::

Sunday, July 14, 2013

sehelai baju baru






assalamualaikum. sempena bulan puasa nih nak cite la cket pasal ada satu kisah ni...

ada seorang ayah dimana dia sangat menyayangi anaknya. semenjak kematian isterinya lebih kurang 6 tahun yang lalu, dia begitu gigih membesarkan anaknya. siang dan malam dia bekerja demi mencari sesuap nasi. semua dilakukan demi membesarkan si anak. si anak yang baru berusia sepuluh tahun. si anak yang masih kecil, yang masih belum betul betul mengerti tentang kehidupan.
seminggu lagi bulan puasa bakal menjelma. tibanya bulan puasa bermakna tidak lama lagi aidilfitri pula akan tiba. si ayah mengeluh bersendirian. dia melihat sayu ke arah si anak gadisnya. kesian. sudah terlalu lama anak gadisnya tidak memakai baju baru. tidak memakai kasut baru. dia perlu bekerja keras untuk membelikan sesuatu kepada anak nya sempena aidilfitri nanti. itu tekadnya. si anak pula seakan mengerti kesusahan ayahnya. tidak pernah sekali pun dia merungut. apa yang ada itu yang dipakainya.
pada suatu malam..

"adik, adik nak baju baru tak?" tanya ayah.
"takpelah ayah..baju lama masih elok lagi. adik tak kisah ayah," tulus jawapannya.
"tak apa adik, kalau ada rezeki insyaALLAH akan ayah usahakan," sambil tersenyum ayah mengusap lembut rambut anaknya.

seminggu sudah ramadhan tiba. si ayah masih lagi berusaha mencari wang untuk membelikan anaknya sehelai baju kurung baru. demi anaknya, dia sanggup berbuat apa saja. apa saja.
lama duit disimpan. sehingga suatu hari duit itu mencukupi untuk sehelai baju kurung untuk anaknya. si ayah menyusuri jalan utuk ke bandar. untuk membelikan baju kurung untuk anaknya. niat dihati ingin memberi kejutan. dia tersenyum sambil membayangkan betapa gembiranya anak gadis itu apabila mendapat sepasang baju kurung baru.
sedang dia berjalan di bandar, matanya terlihat ke arah sepasang baju kurung berwarna ungu. cantik dan pasti sesuai untuk adik, bisik hatinya. tanpa berlengah dia membayar harga baju kurung itu dan bergegas pulang.
namun takdir ALLAH tiada siapa menduga. si ayah telah disamun namun dia tetap berkeras menyelamatkan baju kurung ungu untuk anaknya. si pejahat pula tanpa belas terus memukul, berang kerana apa yang diminta tiada. si ayah membelakangkan tubuhnya supaya baju kurung itu tidak kotor. tanpa sedar, ketika cuba mempertahankan diri dan baju kurung itu, si ayah telah ditikam. sempat dia mengucap kalimah syahadah sambil memeluk baju kurung itu.
anak gadis yang mendapat berita kematian ayahnya hanya mampu meraung dan menangis. masih tergiang ngiang kata kata ayahnya dahulu.

"adik, andai kata ayah tiada nanti, doakanlah kesejahteraan ayah disana. jadilah seorang anak yang baik dan mendengar kata. adik janji dengan ayah, jadi seorang anak yang solehah ye adik,"

"ayah..adik tidak perlukan baju kurung baru untuk aidilfitri ini. adik cuma perlukan ayah untuk memohon keampunan. siapa yang akan menjaga adik ayah? siapa yang akan hiburkan adik bila adik sedih? pada siapa adik nak mengadu ayah? adik nak salam dan cium tangan siapa lagi selepas ini ayah?"

kadang kita tak begitu peduli kan. tapi hati seorang ayah tetap tau apa yang kita inginkan. tapi kita? tau kah kita apa yang seorang ayah inginkan dari kita? bukan harta yang menggunung. bukan sehelai baju baru. tapi hanya seorang anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan nya jika dia sudah tiada nanti..







#tetibe rasa sedih dengar lagu blog sendiri..adoyaiii :')
::the story end here::

Thursday, July 11, 2013

1st day..alhamdulillah :)




assalamualaikum. okeh tak nak cakap panjang sebab rasa penat nak taip. so hari nih dah masok second day of ramadhan. tahniah buat diri sendiri sebab dah berjaya harungi first day dengan jayanya. hihi :)
semoga ramadhan kali nih membawa seribu kebaikan dan kenikmatan untuk kita semua. amin :) 

SALAM RAMADHAN !

#fuh! memang pendek gile weyh entry haku kali nih ^^


::the story end here::

Tuesday, July 09, 2013

i'm 21 and yes! i'm getting older..hihi





Assalamualaikum and hye there! :) *goyang lagi macam biasa
Hepi bufday to me once again ! Alhamdulillah aku masih lagi diberi peluang untuk hidup dan menghirup udara dimuka bumi ALLAH ni.alamak cliché nye ayat kau budak ! (erkk??budak kah aku?). so hari ni 9 Julai bersamaan dengan bufday aku uolls. Tapi hari ni jugak lah MPM nak suruh aku amik MUET. Huh! Saja nak suruh aku kureng bergumbira di hari yang indah ini. Dah la pukul 7.30.otak tengah tak mampat dengan baik lagi time nih.hihi. tapi takpelah semakin lama aku tunggu semakin berder pulak baik aku test je hari nih then enjoy my bufday ryte?hihi.. :)

So nak cite la perjalanan hidup untuk hari ni. Tepat je kul 7 am aku pun dengan sepantas yang boleh laa panjat atas motor (panjat??apakah??) terus pecut 180km sejam atas jalan then abis sume keta memberi laluan ka pada aku.hihi.okeh yang bab pecut 180km sejam tuh aku propa je.hiks :p sampai je umah si Picasso aku suruh la dia anta kan. Dah la aku tengah pening lalat lagi sebab tak familiar dengan sekolah tu. maka terkapai kapai lah aku sensorang ye. Lepas tu dengan selamba hippo aku pegi tegor ada budak dua orang nih. Alah amik MUET jugak. Aku pon macam biasa buat muka tak malu ikot diorang cari tempat MUET. Ahaahah. Sampai je aku mati mati ingat terus start tapi rupenye hampeh! Lewat nau start nya. Mujur tak suruh dak Picasso tu datang awal kalau tak harem dia tunggu situ. Aku grup second last so kul10 baru start. Mula mula dapat kertas soklan tuh. YA ALLAH senangnya. Terus aku karang sekuat hati..hihi..tipuu je..bukan  maen buntang lagi mata aku nih macam orang cirit. Alahaiiii mana lah aku minat sangat pasal sport nih so harusss lah aku tak tau pape.ish! nak tak nak aku balun je cakap apa yang terlintas kat kepala. Hahaha..

Balik je dari test terus aku rempit lagi pegi post office. Dan dan pulak motor yang aku bawak tuh terbalik time aku nak parking. Hahaha.memang kelaka laa time tuh. Aku pulak denagn muka selamba hippo macam biasa, terus angkat diri sendiri dengan motor tu sekali then park. Lepas tuh check hp sebab ada mesej. Dengan penuh konfiden pulak tuh aku masok dalam post office, pegi dekat mesin nombor, amik nombor dulu then duduk. Dah tak pandang kiri kanan nih sebab maluu giler punye pasal.hhaha.dah la time aku jatuh tu ada mak cik nih dengan anak dia tengok. Yang orang lain aku tak sure la pulak diorang perasan ke tak tapi memang aku buat buat tak reti je masuk.haha.selamba tak haku??? See??konfiden itu penting..hehe :’)

Abis je keje kat situ, ayah col suruh amik dia kat pomen. Aku dengan baju kurung and kasut pink nih balik la rumah sebab kononnya nak tukar pakai seluar tapi mak aku pulak non hadoo.aiyoo. terus tak jadi balik, amik helmet pecut lagi amik ayah aku kat pomen. Sampai je kat ayah aku, motor pulak buat hal. Tayar bocor daaaa. Entah bilo puloks eh tayar nih bocor. Ayah aku pon bawak motor tukar tiub. Ish dah la dengan keadaan aku yang sopan dan santun macam tuh tunggu pulak tengah tengah panasss. Ish terbako eden :p balik je umah mujur lah mak aku dah masak siap siap.hehe. aku pon apa lagi ngappp lah !

Ehh lupa pulak, esok dah puasa kan?wahh untunglah sapa yang boleh rasa first day puasa tu. aku MC so tak boleh la nak rasa nikmat puasa first day sangat. Sobsss. Sadiss. Oh ye malam nih dah start terawih kan??selamat berterawih semua and SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN! Semoga segala amalan kita bulan nih diberkatiNya. Aminnn :*








#lupa nak cakap hepi bufday gak dekat kembar tak sama aku, si AMIR YUSOFF :) may ALLAH bless u twin :p

::the story end here::

Thursday, July 04, 2013

nostalgia puasa zaman kanak kanak





assalamualaikum and hye *lambai tangan laju laju
ada lebih kurang 6 hari je lagi nak masuk bulan ramadhan kann?cepatnya masa berlalu.6 hari nak puasa maknanya lagi 5 hari aku nak exam speaking test MUET! hohemmgeee.acano ni haa.sebenarnya feeling tu sekarang lebih kepada takot nak exam bukan lagi excited nak puasa.hihi.ohh btw aku pun lupa yang aku exam time bufday aku.sadisss.takpelahh.anggap macam orang kat majlis peperiksaan tu bagi hadiah la sempena bufday aku iaitu exam MUET!! yippy!! *tepok tangan laju laju.
okeh pasal MUET tu kita tolak tepi je dulu.malas nak pikir serabutkan kepala otak ye.jom dengar (erk.dengar?) cerita pasal zaman aku sambut puasa dulu.alahh time kecik kecik.. :) so aku pun tak hengat sangat bila aku start puasa nih tapi kalau tak silap aku lah kan time aku darjah 2 la kot.ke darjah 1 eh?ntah.aku pun lupa.haha.tapi yang pasti memang berlaku sedikit paksaan la sebab ayah aku kan tegas sikit so memang kena eh bukan kena tapi memang WAJIBUN lah puasa.tapi aku dalam puasa pon still jugak curi curi ponteng puasa.haha.
masa aku darjah 2 kot.aku pernah sekali telan air paip masa tengah amik air semayang.haha.alahhh korang pon mesti penah buat kan?tipulah tak penah.walau sesuci mana pun korang time tu tapi korang mesti gak ada yang buat macam tu.hihi.lepas tu ada sekali tu aku gastrik.teruk jugak la sampai muntah muntah so mak aku pun sururh la berbuka.walaupun dalam hati suke tapi buat buat la tak nak kan tapi last last aku tak puasa jugak sebab tak tahan sangat.hahaha.
kalau nak maen mercun lagi la.nak maen depan ayah memang lah tak boleh.nak beli bunga api pun takot tapi abang aku yang kembar tu beli jugak bunga api dengan mercun.paling aku ingat mercun ketupat sebab bunyi dia kuat lepas tu abang aku yang dua orang tuh suke sangat masuk kan mercun dalam tin lepas tu tutup tin.then salah sorang akan naek berdiri atas tin tuh tunggu mercun meletup.perghhh!memang best la sebab rasa cam melompat je.aku penah buat kot.haha.ada lagi satu mercun tuh tapi aku lupa nama apa.mercun naga kot.dulu ada sorang budak kat umah nenek aku nih maen mercun tuh.aku nih punye lah excited sampai lah mercun tuh lari kejar aku.mujur tak terkencing dalam seluar sebab takot punye pasal.hahaha.
well memandangkan aku je sorang pompuan, yang laen lelaki, aku dulu agak lasak jugak la.orang maen mercun aku pon nak maen.haha.last last diorang bagi mercun bawang dengan bunga api je kat aku sebab bahaya katanya.haha.hampeh punye geng.
ermm.rindunya zaman dulu.time raya aku la yang paling excited.excited dapat duit raya la opekos tapi yang penting dah tak perlu puasa lagi dah.hihi.tapi sekarang nih bila masing masing dah bekerja dan berkeluarga jarang nak kumpul sekali macam dulu. :'( nampaknya puasa dan raya tahun nih tinggal lah kami berempat je kat umah.ayah, mak, dak ecah dengan aku.kalau tak dulu mesti riuh je umah ni..
oppss dah dah tak mau sedih sedih.rosak mood je.hihi.ramai ke tak ramai ke yang penting insyaAllah akan tetap meriah okeh :)







::the story end here::

Tuesday, July 02, 2013

him..who sacrifice for his daughter :'(



assalamualaikum and hye !
tengah tengah hujan ni best jugak kalau tulis entry blog kan? so straight to the point. hari ni aku bukak youtube. cari lagu baru la konon then tetibe aku nampak ada satu iklan raya.aku pon dengan senang hati godek godek la lagi iklan iklan yang ada.aku kan memang suke mengushar ni. aku tertengok lah satu iklan thailand nih. nampak macam best je so aku pon meneruskan misi mengushar aku nih. loading punye lah lame kann sampai aku fed up. tapi lepas tu terus je okeh. selama aku tengok iklan nih, serious weh air mata aku menitik.tak tipuu nih!
iklan tu mengisahkan tentang sorang ayah yang bisu dan sorang anak pompuan. anak pompuan dia nih malu sebab ada ayah yang bisu. kat sekolah asyik kena ejek je sampai dia tertekan dan amik keputusan nak bunuh diri. ayah dia meraung mintak doktor selamatkan anak dia sampai dia sanggup derma darah dia kat anak dia tuh.last last anak dia sedar yang sebenarnya walaupun ayah dia cacat tapi ayah dia sangat berhati mulia dan sanggup buat apa je demi dia. sedih kann??ish! aku nih tak reti sangat nak bercerita so korang kena la tengok sendiri.mesti meleleh la air mata tuh!
okeh la.nak tido.huhu.nyte all and enjoy this video kayh! :)
::the story end here::