Sprinkled Donut

Sunday, July 14, 2013

sehelai baju baru






assalamualaikum. sempena bulan puasa nih nak cite la cket pasal ada satu kisah ni...

ada seorang ayah dimana dia sangat menyayangi anaknya. semenjak kematian isterinya lebih kurang 6 tahun yang lalu, dia begitu gigih membesarkan anaknya. siang dan malam dia bekerja demi mencari sesuap nasi. semua dilakukan demi membesarkan si anak. si anak yang baru berusia sepuluh tahun. si anak yang masih kecil, yang masih belum betul betul mengerti tentang kehidupan.
seminggu lagi bulan puasa bakal menjelma. tibanya bulan puasa bermakna tidak lama lagi aidilfitri pula akan tiba. si ayah mengeluh bersendirian. dia melihat sayu ke arah si anak gadisnya. kesian. sudah terlalu lama anak gadisnya tidak memakai baju baru. tidak memakai kasut baru. dia perlu bekerja keras untuk membelikan sesuatu kepada anak nya sempena aidilfitri nanti. itu tekadnya. si anak pula seakan mengerti kesusahan ayahnya. tidak pernah sekali pun dia merungut. apa yang ada itu yang dipakainya.
pada suatu malam..

"adik, adik nak baju baru tak?" tanya ayah.
"takpelah ayah..baju lama masih elok lagi. adik tak kisah ayah," tulus jawapannya.
"tak apa adik, kalau ada rezeki insyaALLAH akan ayah usahakan," sambil tersenyum ayah mengusap lembut rambut anaknya.

seminggu sudah ramadhan tiba. si ayah masih lagi berusaha mencari wang untuk membelikan anaknya sehelai baju kurung baru. demi anaknya, dia sanggup berbuat apa saja. apa saja.
lama duit disimpan. sehingga suatu hari duit itu mencukupi untuk sehelai baju kurung untuk anaknya. si ayah menyusuri jalan utuk ke bandar. untuk membelikan baju kurung untuk anaknya. niat dihati ingin memberi kejutan. dia tersenyum sambil membayangkan betapa gembiranya anak gadis itu apabila mendapat sepasang baju kurung baru.
sedang dia berjalan di bandar, matanya terlihat ke arah sepasang baju kurung berwarna ungu. cantik dan pasti sesuai untuk adik, bisik hatinya. tanpa berlengah dia membayar harga baju kurung itu dan bergegas pulang.
namun takdir ALLAH tiada siapa menduga. si ayah telah disamun namun dia tetap berkeras menyelamatkan baju kurung ungu untuk anaknya. si pejahat pula tanpa belas terus memukul, berang kerana apa yang diminta tiada. si ayah membelakangkan tubuhnya supaya baju kurung itu tidak kotor. tanpa sedar, ketika cuba mempertahankan diri dan baju kurung itu, si ayah telah ditikam. sempat dia mengucap kalimah syahadah sambil memeluk baju kurung itu.
anak gadis yang mendapat berita kematian ayahnya hanya mampu meraung dan menangis. masih tergiang ngiang kata kata ayahnya dahulu.

"adik, andai kata ayah tiada nanti, doakanlah kesejahteraan ayah disana. jadilah seorang anak yang baik dan mendengar kata. adik janji dengan ayah, jadi seorang anak yang solehah ye adik,"

"ayah..adik tidak perlukan baju kurung baru untuk aidilfitri ini. adik cuma perlukan ayah untuk memohon keampunan. siapa yang akan menjaga adik ayah? siapa yang akan hiburkan adik bila adik sedih? pada siapa adik nak mengadu ayah? adik nak salam dan cium tangan siapa lagi selepas ini ayah?"

kadang kita tak begitu peduli kan. tapi hati seorang ayah tetap tau apa yang kita inginkan. tapi kita? tau kah kita apa yang seorang ayah inginkan dari kita? bukan harta yang menggunung. bukan sehelai baju baru. tapi hanya seorang anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan nya jika dia sudah tiada nanti..







#tetibe rasa sedih dengar lagu blog sendiri..adoyaiii :')
::the story end here::

No comments:

Post a Comment