boringnya saya malam ni.macam biasa la.akak tu keluar maka terkontang kanting la saya sorang sorang.tibe tibe terlintas nak tulis entry pasal hari ibu.lagipun hari ibu 12 mei ni kan.dah tak lama dah tu..
ok la.nak cite cket pasal mak saya ni.nama dia KAMARIAH BT OMAR.anak anak sedara panggil mak long ngn mak teh.mak saya ni sangat tabah orangnya.tabah sebab lahirkan kami adek badek 6 orang ni.sepatutnya 9 tapi 3 dah meninggal masa kecik kecik dulu.dalam ramai ramai tu saya la yang paling kuat merajuk.macam macam kerenah tambah lagi jarak umo saya ngn adek saya aisyah agak jauh.6 tahun.
saya ingat lagi masa kecik kecik dulu.biasa la anak manja (masa ni adek saya tak dilahirkan lagi).saya amat pantang kalau orang laen sentuh barang saya lepas tu letak kat tempat laen.fuh!sangat pantang.sorang je yang bole sentuh barang saya tau iaitu mak.orang laen sentuh alamak nya bergegar la 1 rumah dgn suara merdu jeritan saya (nampak tak betapa tak senonohnya saya..hahaha).sambil menjerit tu saya akan menggelupur sepuas ati saya (sungguh tak senonoh).lagi 1 perangai saya yang saya betul betul ingat sampai sekarang, bila saya bangun je tido orang pertama yang saya nak tengok adalah mak saya.kalau saya celik mata tapi mak saya tak de kat tepi aahh sudah memang riuh rendah la suara saya menjerit memanggil.hentak kaki bagai (biasa la time muda remaja.korang pun mesti penah buat kan ><) bila ada orang laen datang angkat saya, saya akan pastikan orang tu letak saya balik kat tempat asal dan saya jugak akan pastikan yang datang dekat saya lepas tu adalah mak saya.hahaha.burukkan perangai budak nama hajar ni.^^
sampai la masok sekolah.setiap kali ada pape orang yang selalu ada untuk kami adalah mak.setiap kali ada perjumpaan kat sekolah mak la yang selalu pegi.ayah keje tak sempat nak pegi so dia wakilkan kat mak saya.hehehe..yang selalu bagi nasihat pun mak.masakan yang paling sedap pun lahir daripada air tangan mak.pegi la mana mana pun saya akan tetap rindukan masakan mak saya.sama jugak macam abang abang saya.abang saya yang sulung FIRDAUS sangat berselera makan masakan mak walaupun mak hanya masak sayur lemak. FAKURUDDIN plak suka makan ketam jadi mak selalu masak gulai ketam.FAKURAZY mak masak la apa saja sume dia balun janji yang masak tu mak.ISMUAZAM suka betul dia kalau mak buat sambal mangga.saya dan AISYAH semestinya tom yam buatan mak.><
kalau bole saya nak jaga mak macam mana mak jaga saya masa saya kecik dulu.pengorbanan seorang ibu tu sangat besar harganya dan tak mampu untuk dibayar.sekarang pun saya masih bole tidur di celah ketiak mak saya sambil bergurau senda.hehehe ^^
jadi kepada semua mak mummy ibu umi bonda mama..SELAMAT HARI IBU! terima kaseh kerana telah melahirkan kami dan membesarkan kami anak anak mu yang nakal ini..:)
time ni kat a famosa sebelum majlis akad nikah kudin abg saya
::lots of love::


No comments:
Post a Comment