hari ni dalam sejarah bermula laa kehidupan aku sebagai seorang gadis yang sangat busy. walaupon aku busy namun kejelitaan haruslah tetap diutamakan. hah gituu kau jah! hihihi *kelip mata*. sebenarnya takde la aku busy sangat. yang busy orang laen. aku tukang sibuk je. sibuk kehulu kehilir tanpa tujuan katakauuu. bhihihi. seperti tajuk yang tertera diatas la kan hari ni, umah aku buat la majlis akikah untuk budak dua orang yang comey macam mak sedara dia ni haa. seawal 6.30 pagi mak aku pun ketuk la pintu bilik aku suruh bangun. belom pernah lagi dalam sejarah hidup aku nak bangun awal cenggitu. kalau ada kelas pon paling tak aku bangun pukul7 tak pon lepas subuh aku tido balik bangun 7.15. bhahaha. sangat tak senonoh. kalau bakal mak mertua tau ni mesti cancel buat menantu. bhihihi..
dua hari sebelom tu aku memang dengan penuh berani matinya balik umah ponteng kelas. hah! tengok! time dip dulu kemain lagi suci murni je pale otak. jarang nak ponteng melainkan betul betul urgent. tapi sekarang?advance sangat. mintak ampun ye sir, madam. bukan sengaja. hehe..
aktiviti merewang. time ni la antara aktiviti yang paling aku suka tengok bila ramai mak mak, mak cik mak cik, mak sedara mak sedara, jiran sekampung datang duduk atas tikar buat kerja ramai ramai sambil bergosip. bhihihi. masing masing sibuk je kopek kulit bawang sambil bergosip. satu aktiviti yang bagus untuk eratkan lagi silaturrahim antara kita ye.
kak diyana, ibu imaan dengan mak ngah, mak sedara aku and of kos la ada si budak sombong jual mahal tak hengat tapi still lagi comel, qawiem. imaan macam dah tengok pelik je dekat qawiem. bhaha ><
biri biri sehari sebelom kena sembelih. kau makan la banyak banyak ye sebelom ajal kau sampai. time ni rilek je lagi tapi bila dah malam cket, mula la bertembek sana sini. aku nak tido pon sakit je hati ni. abis digeselnya dinding bawah umah. ibarat nak asah tanduk la nak berjuang untuk hari esok. ada kambing tu asyik berbunyi je. mungkin dia tau kot ajal dia dah nak sampai sebab tu dia asyik bertembek test soree sebab lepas ni dah tak boleh nak bertembek dah. ermm*kerutdahi*
hah! camni ni la ghupa biri biri dengan kambing tu. dah sampai dah masa dia kann. sekejap je aku tengok dah togel dah mereka mereka tuu. macam magik pulak rasa.
ayah omar tengah bajet buat keje.
yang ni pulak aku, tengah bajet buat air. bhahaha. kau bayang la dari pagi sampai ke malam aku asyik pakai baju sama. hajat dihati konon nak pakai baju kurung tapi niat tu terpaksa dibatalkan sebab kalau aku pikir balik, macam mana aku nak angkut gulai kalau pakai baju kurung. dah la aku ni jalan pon tunggang terbalik. pakai sekuar pon boleh bersilat kat depan tu apatah lagi baju kurung. hihihi.
mama omar, kak aimi. tetiba rasa macam malu je dok tepi dia sebab muka dia macam budak sekolah lagi kann. abaikan kaki aku ye.
imaan saloma dan omar p. ramlee.hiks :)
happy family ! sempat snap family ni je, family kak diyana tak sempat sebab imaan tengah meragam. frust!
dah takde keje sangat aku pegi kacau si budak imaan tido. bhihihi. jahat nau. tulah, time dia sedar susah nak bergambar sekali so, aku melakukan paksaan dalam hubungan cket. amik time dia tidooo...
aku dengan dak ecah tunjuk jakun. padahal dah lama tengok mende alah ni. bajet popeye la kann. bhahaha.
aku try update entry ni sepantas yang boleh kau tau. dengan badan yang penat dan tangan yang lenguh, aku gagahi juga untuk menaip. ceh ayat nak novel kann. bukan apa, aku kat dungun tu bukan ada line internet. aku nak rembat orang sebelah punye pon, bukannya dia ada internet. hiks. okeh la, sampai disini je kot. insyaAllah kalau ada yang menarik dan boleh dikongsi, aku tulis la lagi. bubye!
#uh, nak mintak tolong korang la, sapa sapa yang ada baca blog aku ni untuk doakan kesihatan member aku yang tengah berjuang untuk sembuh lepas accident minggu lepas.tu pon kalau ada yang sudi singgah leerr. thanx ye!











No comments:
Post a Comment