Sprinkled Donut

Sunday, December 04, 2016

hello! i'm back :)

hai, assalamualaikum!

ya Ampun.....lama nau nau tak datang sini. last bulan march tahun lepas kau. dah setahun lebih. dah macam macam jadi dalam hidup aku. dah habis degree dah siap grad dah siap buat macam macam kerja dah pun. betapa lamanya nak cakap aku tak jenguk blog aku. ahahahah. ni kalau vakum ni maunya muntah vakum aku sebab banyak sangat habuk melekat. ahahaha. ok tak kelaka T_T

oh, btw. finally, aku dah grad! yuhuuu. lamau tau aku tunggu nak grad. lebih 9 bulan tau tak! aku cuba untuk cari gamba konvo aku tapi malangnya takde. T_T aku rasa mesti ada dalam tepon aku yang rosak tuuu. ohemgeee! *buat muka tanjat gegurl*

uh btw, sekarang ni tengah gigih buat bisnes tau. bisnes kecik je. hewhew. doakanlah moga berjaya okes! eh jap, ada orang baca ke blog aku? ahahaha.


toodles!
::the story end here::

Friday, April 24, 2015

geng umah pink: road to malacca

assalamualaikum and hye all....

(krikk..krikk..krikk..)

ehem. lama nau tak menyapa blog haku. biasela busy. kau ghaser?? ok tak ghaser pape. (krikk..krikk)
hari tu kan haku dengan budak umah pink aka classmates aka lagi housemate, dengan berani matinya pergi melaka. kenapa berani mati? jap lagi haku cite. sebab pemergian kitorang ni nak esaimeng jee. kitorang biaselah tak pernah pernah buat kerja gila cenggini (iye ke), tak gile mana pon sebenarnya. kitorang saja je nak merayap jauh sikit daripa dungungg tersayang tu. biasalah orang lain setiap kali haku bukak facebook, scroll je newsfeed memasing update, " doakan pemergian kami", "first day at.....", "safely arrived at....".......kengkawan haku dapat pergi obersea. kitorang?? non hadoo..tu yang kitorang buat trip sendiri tu. pergi mana? pergi melaka je mampu. tu pon habis bajet tu. cari hotel paling murah lagi kau. backpack okeh. hahahaha. takpelah rezeki masing-masing. mane la tau kan lepas ni haku boleh tinggal kat obersea ke. eh?hikhik :p


ni acah acah amik gambau kasut. motip sebenar masing masing nak tunjuk kasut baru beli. hahaha. takde la tak baik tau riak takbur. aish. kitorang ni semangat sebenarnya. bas pukul 10.30 malam tapi pukul 9 lebih kitorang dah gerak dah pergi stesen bas lepas tu mula la duk situ tersengih sengih. pergi toilet la. beli air la. duk bergosip la. miahaha. nampak sangat takde keje. kitorang amik bas pukul 10.30 sebab kalau ikut yang betul betul plan la kan (yang betul plan punye tau), kitorang sampai dalam pukul 6 cengitu lepas tu lepak jap tunggu subuh dekat surau. lepas je subuh, lepak lagi tunggu kaunter tiket bukak then beli tiket balik kampung. lepas tu lagi, sarapan, then pergi check in kat hotel. rehat jap, petang tu pergi jonkerwalk sampai la malam untuk buat esaimeng. okeh, tu plan yang betul punya sebelum ia berubah bertukar arah menuju ke landasan yang salah. hmmm.......

tapi sayang beribu kali sayang wahai pembaca sekalian (kalau ada yang baca la). cerita betul yang berlaku kat kitorang macam ni ye. sampai je kat melaka sentral tu awal jugak la dalam pukul 5 pagi macam tu. so kitorang pergi la melilau lilau tercari cari arah surau. tapi lagi sekali kami dirundung kesedihan. surau TUTUP! okeh masa ni cool lagi. kitorang pon jalan la pergi cari teksi. pakcik teksi tu pon bawak la pergi hotel sebab kononnya nak check in kat hotel tersebut sebab time survey hari tu hotel tersebut telah menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh kami. masuk bajet la kiranya kan. tapi sampai je kat hotel tu Ain cakap harga dah naik. daripada 60++ dah jadi 100++ tu tak kira servis lagi. so kitorang tak jadi la pergi situ. patah balik la jawabnya tapi patah balik tu kitorang jalan kaki okeh. hahaha. bayangkan time subuh, 6 orang budak comel (hikss :P) berjalan terkedek kedek cari hotel. memang betul backpack ni. time tu memang redhooo gile la masing masing. dah la tengah jalan tu terserempak pulak anjing. nasib tak terkencing dalam seluar wehh takut punye pasal. sampai separuh jalan, kitorang patah balik pergi area jonkerwalk sebab kat situ mesti banyak hotel kann. nama lagi tumpuan pelancong. anndd nak dijadikan cite, kitorang jumpe satu hotel ni dekat area jalan taman laksamana kalau tak silap haku laa. annndd nak dijadikan cite lagi sekali, kitorang lupe nak beli tiket bas. huwaaaa!  disebabkan masing masing dah penat, kitorang masuk je hotel tu. abang reception tu siap tengah tidoo lagi time kitorang sampai. hahaha. masuk je bilik, semayang subuh, terus masing masing zzzzzzz........


dan setelah menempuhi dugaan pagi tadi alhamdulillah sampai jugak kitorang kat sini. hihi (tutupmulut). here we are! jonkerwalk! hewhew :) dalam pukul 2 gitu kot kitorang bertolak ke sini. jalan kaki hokey. tapi tula nak sampai sini pun jenuh jugak la sebab sesat. tersalah masuk jalan. hahaha. dah la tersalah masuk jalan, kitorang kena usik lagi dengan anjing yang besar gedabak kaler hitam kat area perumahan kat situ. nasib baik anjing tu dalam umah. kalau lompat keluar memang aku tak cakap banyak dah. tak pusing kiri kanan tanggal kasut (tu pon kalu sempat tanggal) larikkkk! luruh jantung kauuu kena panggil dengan anjing tu (panggil sangat).

dah sampai situ terus berjalan kehulu hilir. berpinar mata haku tengok barang kat situ. lawa lawa dan paling penting murah. tu kedai yang kitorang pergi la. kedai lain aku tak tau murah ke idok. hikhok.
tengah orang lain sibuk berjalan, aku dengan Ain merayap la dalam satu kedai ni lepas tu terjumpe.....







tadaaaa. aiskrim tempurung. hahaha. aiskrim ni daripada kelapa, topping dia ada jagung manis, cornflakes, kelapa goreng, kacang tumbuk dengan kacang merah. harga satu RM10.50. agak mahal jugak la tapi sedap. lagipun dia letak semua topping tau so kira berbaloi la kan.
 lepas tu kitorang singgah dekat kedai coklat dekat hujung simpang jonkerwalk tu.


tu kedai dia dengan disertai tiga penyambut tetamu. hahaha. aku ada suka satu coklat ni. gajus tapi salut coklat. sedap. lupa dah harga dia berapa tapi satu balang tu mahal jugak kot sebab tu aku tak beli. hikhok. aku beli satu bar dark chocolate je tu pon share dengan Mok dan Ain. 

our next destination ..


MAMEE MONSTER Cafe....


ni suasana kat dalam cafe tu. macam macam ada wehhh. ni dekat pintu depan sebelum masuk cafe dia.


yang ni suasana dalam cafe. luas jugak la. diorang tengah renovate sebenarnya yang bahagian dalam dengan workshop yang kat atas tu. nasib baik boleh masuk.





tujuan datang sini sebenarnya teman hakak hakak bertiga ni buat dokumentari. alang alang tu kan kitorang tumpang sekaki la menjamu selera kat sini. mehehe :p



dalam banyak banyak tu aku paling suka dessert dia, ais cendol. rasa berlemak dia weh. manis pon tak sangat. kiranya macam kena la dengan tekak hakak ni. okeh meleleh pulak air liur. ish. tapo dia punya chicken rice ball pon sedap jugak. ayam dia perghh lembut wa cakap lu. mi kari tu okeh la bagi aku. nasik lemak pon boleh laa. sambal takde la pedas sangat so kanak kanak boleh la kalu nak rasa. tapi cendol dia tetap melekat di dalam hatikuuuuu.





okeh yang ni kat bahagian atas. workshop dia. beroperasi setiap hari sabtu dengan ahad. RM10 per head. time ni kitorang pergi hari jumaat so memang harusla takde umat manusia. kat sini korang boleh buat mee sendiri tauu. jangan memain. memang cool la weh. teringin gak tapi salah timing daa.. kitchen pon bersih je aku tengok. kira seswai la kalau korang nak rasai sendiri pengalaman nak buat mee tu. acah acah macam chef Ismail tuu. dah buat mee tu korang boleh la rasa korang punye mee nanti sebab nanti diorang akan masakkan untuk korang. nyummy. so far makanan kat sini best okeh. berbaloi la harga. ni antara restoran makanan halal yang ada kat jonkerwalk la. kat sini tak banyak sangat halal foods sebab ramai chinese so nak makan tu pandai pandai la cari. kitorang pon terpaksa jelajah sendiri sebab tak tahu kan. tapi masa singkat sangat so takleh nak jelajah lama sikit la.

esoknya pulak giliran kitorang pergi ayer keroh buat esaimeng kat philea. penat gilosss tapi sepanjang aku sambung degree ni la kan, ni la pengalaman aku paling best sekali. tak pernah hayat backpack dengan geng aku. biasalah ni sem last kitorang. bila lagi nak gila cenggini ye dok. habis je degree ni mula la bawak haluan masing masing. duduk pon jauh jauh. memang sah la susah nak berkumpul cenggini apatah lagi holiday sekali. sobssss (laphingus). uhh sebelum lupa, nak ucap trimass dekat hakak iparku sayang, kak D dengan habangku sebab banyak tolong kitorang sepanjang kat sini. kuranglah sikit kehangusan kulit adik uollss ni sebab tak berjalan tengah panas. hekhek. i lap u lah :* so begitulah plan kitorang yang berterabur. patutnya pergi shah alam tapi cancel sebab nak setel kat melaka terus esaimeng. takleh jumpe cik Omar dengan Adik Ya..sobss T_T

okeh la terpanjang pulak. thesis aku pon takde panjang cenggini. hahaha. babai and adioss *lambaitangan

::the story end here::