'awak nak gula gula tak?'
budak comot itu memberikannya sebiji gula gula.dia melihat ke arah budak comot itu dengan pandangan yang agak pelik.
'jgn risau.gula gula ni bersih' seolah olah memahami apa yg difikirkan oleh nya budak comot itu bersuara.
'sofiya! main apa tu?mari sini!' panggil mama.
budak comot itu terkejut dgn panggilan itu dan dia terus berlari meninggalkan gula gula tersebut kepada anak kecil yg bernama sofiya itu.
'syg..lain kali jgn layan budak tu tau.dia tak sama taraf dgn kita ye syg.' pesan mama lagi.
3 hari berlalu..
gula gula itu langsung tidak disentuh.dia hanya menyimpannya di dalam sebuah kotak.biarlah.sekurang kurangnya dia tidak membuang pemberian budak comot itu.
'sofiya..mama dgn papa pergi keje dulu tau.sofiya jgn pergi mana ye syg.balik nnti papa belikan aiskrim.sofiya tgl dgn bibik ye.'
setiap hari pesanan yg sama diberikan oleh mama.bosan...
dia duduk termenung di tepi tingkap.kan bagus kalau dia ada seorang kwn tapi mama melarang dia untuk berkwn dgn anak anak jiran mereka.takde standard kata nya.ada apa la dgn standard mama tu?penting sgt ke?
tiba tiba dia melihat kelibat budak comot yg memberikannya gula gula tiga hari yg lepas.dia bergegas turun dan mengejar budak comot itu.
'tunggu! jgn pergi!' laung sofiya.
' awk pggil sy ye?' bls budak comot itu smbil tersenyum.
' iye' fuh! berpeluh ketiak aku...
' maaf la sy tak beli gula gula hari ni.tak cukup duit.nasi lemak tak laku.'
' eh bukan.sy tak nak gula gula awk.sy nak awk kwn dgn sy boleh?' bls sofiya smbil menghulurkan tgnnya utk bersalam.
' tak apa ke?nnti mak awk mrh.'
' tak pe.mama tak kan tau.nama sy sofiya.awk?'
' sy intan.'
' awk tgl kt mana?sy nk ikut awk balik boleh?'
' boleh!' ujar intan kegirangan.
sofiya terkelu melihat keadaan rumah intan.jauh berbeza dari apa yg difikirkan.sungguh daif.hampir mengalir air mata nya namun ditahan.tabah sungguh hatimu wahai intan.
selama beberapa bulan mereka berkawan.sofiya selesa berteman dgn intan begitu juga intan.jika mama membawa pulang makanan pasti sofiya akan curi curi membawa sedikit makanan itu kepada intan.intan juga sering memberikan sebungkus nasi lemak kepada sofiya.sofiya juga memberikan buku buat intan.dia sungguh bertuah jika dibandingkan dgn intan.intan tidak bersekolah meskipun dia sudah berumur 9 thn.
akhirnya mama mengetahui sofiya memberikan makanan buat intan.mama marah dan melarang sofiya bertemu intan.jika tidak mama akan menghantar sofiya kepada nenek di kampung.
'maafkan sy intan.' sofiya menangis di tepi jendela.
tidak lama kemudian, sofiya mendapat berita drp bibik.intan akan dihantar ke rumah kebajikan kerana ibunya sudah tidak mampu menyara hidup mereka.sofiya berlari keluar namun telah terlambat.intan sudah dibawa pergi.
' intan!!! sy syg awk!! jgn bwk intan sy pergi!!tolonglahhhh!!! '
beberapa tahun berlalu..
intan..dimana awak?sihat kah awk?sy rindu intan..rindu sgt..
sofiya merenung gula gula yg pernah diberikan intan kpd nya..sy harap suatu hari nnti kita akan jumpa lagi..maafkan sy sebab tak dapat halang awk dari pergi..sy syg awk intan....
sofiya menitiskan air matanya lagi....
No comments:
Post a Comment