assalamualaikum anak anak abah..
maafkan abah sekiranya surat ini mengganggu anak anak abah.tidak terniat dihati untuk buat begitu.abah cuma merindui anak anak abah saja.sudah lama kalian tidak menjenguk abah di kampung.
anak anak ku..
masihkah kalian ingat sewaktu kalian semua masih lagi kecil?setiap pagi abah akan menghantar kalian ke sekolah dengan menaiki motor buruk abah.walaupun motor itu sudah buruk, ia telah banyak menabur jasa terhadap kita sekeluarga.setiap kali cuti sekolah, kalian akan membantu abah di kebun.masih segar di ingatan along menjerit kegelian kerana angah mengusik nya dengan ulat bulu.kasihan anak abah.anak anak abah memeng nakal namun kalian lah permata hati abah.abah juga masih ingat sewaktu adik meminta sebuah basikal kerana adik terlihat rakan rakan nya menaiki basikal ke sekolah.menangis nangis adik ketika abah berkata bahawa membeli basikal hanya buang duit sahaja.maafkan abah adik.sebenarnya abah tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk memenuhi permintaan adik itu.
anak anak ku..
masih segar di ingatan sewaktu along meminta duit untuk yuran sekolah.tebal muka abah pergi meminta minta dengan tok ayah tapi demi anak anak yang abah sayangi dan kasihi tidak mengapalah jika abah meminta minta.maafkan abah anak anak ku.abah tidak dapat menjadi ayah yang sempurna untuk kalian.setiap kali tiba waktu makan, abah pasti akan berasa susah hati.susah hati bila memikirkan apa yang akan kalian makan pada esok hari.abah juga masih ingat, setiap kali along bertanya adakah abah sudah makan, abah akan menjawab yang abah tidak lapar.mana mungkin abah memberitahu anak anak abah yang abah sebenarnya lapar namun demi anak anak yang disayangi, abah rela.
anak anak ku..
semenjak ibu kalian pergi meninggalkan kita sewaktu melahirkan adik, abah sangat merinduinya.setiap malam abah akan berdoa supaya abah dipanjangkan umur supaya abah boleh melihat anak anak abah membesar dan kemudian menjadi seorang insan yang berjaya.ternyata doa doa abah telah dimakbulkan.semua anak anak abah berjaya.kalau dahulu angah dan adik selalu masuk ke bilik abah bila guruh di langit berbunyi dan menyorok di dalam selimut tapi kini tidak lagi.sungguh..abah sangat merindui saat saat itu.kalian kini sudah dewasa.tiada lagi kopi buatan along buat abah.tiada lagi gurau senda daripada adik.tiada lagi urutan daripada angah setiap kali abah pulang daripada kebun.abah rindu anak anak ku..
anak anak ku..
abah merasa sudah tiba masa nya untuk abah pergi menyusul ibu kalian.abah sangat merindui nya.abah cuma berharap kalian akan pulang menemui abah sebelum abah menutup mata ini.abah teringin menatap wajah along, angah dan adik untuk kali terakhir.pulanglah anak anak ku.abah sungguh merindui kalian....
yang menanti...
ABAH
sedih T_T sob sob bsob..
ReplyDelete